Cari Blog Ini

Gempa 6.0 Magnitud Landa Ranau, Sabah : 'Anjing Menyalak Bersahutan, Burung Terbang Tanpa Arah Tuju' - Penduduk Ranau


Beberapa gambar dikongsi di akaun Twitter menunjukkan kerosakan di kawasan berhampiran tempat pelancongan popular, Gunung Kinabalu, dekat dengan lokasi di mana gempa bumi berlaku. – Gambar The Malaysian Insider, 5 Jun, 2015.

Tiada apa yang luar biasa pada pagi ini bagi seorang kerani, Marina Semion, 34, yang sedang menyiapkan sarapan di dapur rumah buat suami dan tiga anaknya yang masih kecil.

Namun semuanya berubah apabila dia merasakan siling rumahnya bergegar, lain daripada biasa.

"Awal pagi lepas masak sarapan, saya ada rasa bergegar. Ingatkan ada kucing berkejaran di atas siling seperti biasa. Tapi kali ini kesannya lain.

"Ketika itu saya rasa seperti tidak boleh hendak berdiri tegak. Gegaran makin terasa dan saya cuba seimbangkan tubuh dengan berpaut pada susur tangan di tangga,"ujarnya mengimbas semula kejadian pada pukul 7.15 pagi tadi.

Marina dan suaminya kebetulan berada di rumah kerana kakitangan kerajaan mendapat cuti khas hari ini di Ranau. Situasi seperti itu sama sekali tidak dijangkakan mereka sekeluarga.

"Dalam mengawal rasa panik, saya sempat melihat kedaan di luar rumah sepanjang 40 saat gegaran itu berlaku. Pokok-pokok bergoyang kuat.

"Anjing-anjing pula menyalak dan melolong bersahut-sahutan sementara kawanan burung terbang tanpa arah tujuan," jelasnya yang menambah beberapa barangan di rumahnya juga jatuh berselerak.

Marina tidak dapat berbuat apa-apa sewaktu berpaut di tangga tetapi dia tahu tiga anaknya yang terkejut daripada tidur sedang ditenteramkan suaminya.

"Mereka terkejut tetapi tidak menangis. Cuma yang paling bongsu berusia lima tahun minta didukung.

"Sejak tinggal di sini dari tahun 2011, sudah tiga kali mengalami kejadian gegaran seperti ini. Namun kali ini yang paling kuat," kata Marina.

Dia memberitahu, selepas gegaran berakhir barulah anak-anak menangis dan menunjukkan perasaan takut. Dia dan suami pula rasa pening dan mabuk.

Kawasan kejiranannya menjadi kecoh apabila penghuni rumah semua keluar untuk melihat kesan selepas gempa.

Antara yang kesan yang jelas adalah berlaku keretakan kecil di beberapa buah bangunan termasuk di sekolah berdekatan dengan kuarters kediamannya.

"Mujur di kawasan ini tidak ada yang cedera teruk, cuma saya kasihan apabila mengetahui nasib pendaki yang terkandas di puncak Gunung Kinabalu. Moga mereka dapat diselamatkan,"kata Marina.

astro awani


Gempa Sabah: Penduduk Ranau dinasihatkan berwaspada terhadap gegaran susulan

Jabatan Meteorologi Malaysia nasihatkan penduduk Ranau, di Sabah waspada terhadap gempa susulan dalam masa 24 jam.

Bandar Ranau digegarkan gempa bumi berukuran 6.0-magnitud melanda bandar tersebut pada kira-kira jam 7.15 pagi Jumaat.

Bernama melaporkan, tinjauan di sekitar bandar Tawau agak berbeza, Daerah ini menyaksikan aktiviti harian masyarakat berjalan seperti biasa.

Orang ramai yang ditemui berkata tidak merasai gegaran gempa bumi yang berlaku di Ranau, terletak kira-kira 441 kilometer dari pusat bandar Tawau.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau Mohd Razali Awang Ahmad ketika dihubungi berkata pihaknya tidak menerima sebarang pangilan kecemasan mengenai gempa bumi tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kunak Supt Ad Rashid Abdullah juga berkata setakat ini pihaknya tiada menerima apa-apa laporan mengenai sebarang gegaran di daerah itu.

Seorang anggota polis yang bertugas di Semporna, Mohd Yuzed Salleh berkata beliau dan rakan-rakan setugasnya juga tidak merasai sebarang gegaran seperti yang dirasai masyarakat di sekitar daerah Ranau.

- astro awani

* [Video & Gambar] Gempa 6.0 Magnitud Landa Ranau, Sabah

Beberapa tiang sebuah rumah di sini patah dan retak akibat gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 pada skala Richter di Sabah pada 7.15 pagi hari ini.?Pusat gempa itu terletak di 16km barat laut Ranau. - Foto Bernama

Gempa Sabah: Penduduk Ranau dinasihatkan berwaspada terhadap gegaran susulan











                   

                          

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.