Cari Blog Ini

Enjin Pesawat MAS Terbakar, MH148 Terpaksa Mendarat Cemas


Enjin pesawat terbakar, MH148 terpaksa mendarat cemasAntara foto terawal yang menunjukkan pesawat penerbangan MH148 mendarat cemas di Lapangan Terbang Melbourne selepas mengalami enjin pesawat terbakar. - Twitter/Candice Wyatt 

Pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH148 hari ini mengalami kebakaran enjin sebelum membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Melbourne.

Pesawat Airbus 330 yang dijadualkan terbang ke Kuala Lumpur itu membuat pusingan beberapa kali di udara untuk membuat pelepasan minyak sebelum ia mendarat.

MAS telah mengesahkan penerbangan MH148 itu telah berpatah balik ke Lapangan Terbang Melbourne.

Jurutera dan kakitangan MAS telah pun menjalankan siasatan terhadap pesawat yang membawa 300 penumpang, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Hasil siatan awal, kebakaran pesawat itu tidak menunjukkan bukti fizikal ia berpunca daripada luar pesawat, MAS dalam satu kenyataan hari ini juga berkata penilaian lanjut terhadap pesawat itu juga telah dilakukan.

Lapangan Terbang Melbourne sebelum ini juga telah membuat pengesahan awal mengenai insiden ini dan melaporkan pesawat itu telah mendarat dengan selamat.

Operasi di lapangan terbang itu juga dilaporkan kembali seperti biasa.

- astro awani

                          

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.