Cari Blog Ini

Enggan Arah Letak Jawatan, Pimpinan Pas Memalukan, Tapi Mujurlah Masih Ada Pemimpin PAS Yang Mulia


Enggan Arah Letak Jawatan, Pimpinan Pas Memalukan
Keengganan kepimpinan baharu Pas untuk mengarahkan wakil Pas di negeri ini meletakkan jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang adalah sangat memalukan, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Malah, katanya tindakan empat Ahli Majlis Pas dalam Majlis Bandar raya Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai mempertahankan jawatan mereka telah merendahkan maruah dan penghormatan kepada Pas di mata orang ramai.

"Saya ingin menyatakan bahawa kerajaan negeri mempunyai hubungan kerja yang rapat dengan ahli biasa Pas di Pulau Pinang.

Malangnya, kepimpinan Pas yang baharu dan penyokong mereka di Pulau Pinang masih tanpa segan silu memegang jawatan kerajaan negeri.

"...walaupun menerima usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP yang secara langsung atau tidak langsung berfungsi untuk melemahkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang diketuai oleh saya dan terdiri daripada Exco negeri DAP yang lain, jelas kepimpinan Pas yang baharu bukan sahaja kehilangan kehormatan mereka tetapi juga prinsip-prinsip mereka," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Rabu lepas, Dewan Ulama Pas sebulat suara meluluskan usul tergempar untuk memutuskan hubungan dengan DAP dalam Muktamar Tahunan Pas ke-61 tanpa bahas, namun akan meneruskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dalam pakatan pembangkang.

Lim yang juga Setiausaha Agung DAP berkata secara logiknya Pas harus mengarahkan wakil mereka untuk meletakkan jawatan kerana mereka bukan lagi sebahagian daripada Pakatan Rakyat susulan keputusan rakan sekutunya itu untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

Beliau turut mempersoalkan bagaimana empat Ahli Majlis Pas berkenaan mampu berkhidmat dengan kerajaan negeri secara efektif sedangkan Pas telah memutuskan hubungan dengan DAP.

"Mujurlah masih ada pemimpin Pas yang mulia yang telah meletakkan jawatan walaupun keengganan kepimpinan baharu Pas menuruti tindakan mereka menamatkan hayat Pakatan Rakyat seperti Mohamad Sabu dan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang telah mengemukakan peletakan jawatan mereka," katanya.

Katanya beliau juga telah menerima peletakan jawatan Ketua Penerangan Pas Pulau Pinang Rosidi Hussain sebagai pengarah Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang.

Sabtu lepas (6 Jun) bekas Timbalan Presiden Pas itu memutuskan untuk melepaskan jawatannya sebagai Lembaga Pengarah Bekalan Air Pulau Pinang dan Penang International Halal Hub.

Pada 8 Jun, Mujahid menerusi laman Facebook miliknya turut mengumumkan peletakan jawatan serta merta sebagai Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Islam Pulau Pinang dan Ahli Lembaga Pengarah Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang.

Dalam pada itu, Lim turut menempelak Naib Presiden Pas Idris Ahmad yang mendakwa cadangannya untuk wakil kerajaan Pas meletakkan jawatan dengan hujah ekstremisme dan perkauman yang menyebabkan persepsi negatif terhadap DAP dalam kalangan orang Melayu.

Beliau berkata adalah amat dikesali apabila Pas berkelakuan seperti Umno, sedangkan beliau telah mengumumkan sebelum ini bahawa mana-mana jawatan yang dikosongkan oleh Pas akan diisi oleh orang Melayu yang menyokong pentadbiran kerajaan negeri di bawah pimpinan DAP.

- Bernama


                               'Mujurlah masih ada pemimpin PAS yang mulia'

[mk]- Kerajaan Pulau Pinang memuji tindakan anggota PAS, termasuk bekas timbalan presiden Mohamad Sabu, meletakkan jawatan daripada kerajaan negeri itu susulan keputusan muktamarnya memutuskan hubungan dengan DAP.

“Ini adalah pemimpin PAS yang berprinsip, yang menyokong kerajaan negeri Pulau Pinang bukan kerana jawatan tetapi kerana iltizam mereka untuk berkhidmat kepada rakyat,” kata ketua menterinya Lim Guan Eng.

Lim, yang juga setiausaha agung DAP, berkata telah menerima surat peletakan Mohamad sebagai pengarah PBA Holdings pada 8 Jun.

Beliau juga telah menerima peletakan jawatan daripada ketua Penerangan PAS Pulau Pinang Rosidi Hussain daripada kedudukannya sebagai pengarah Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang.

Angota Jawatankuasa Pusat Mujahid Yusof Rawa juga mengambil tindakan sama sebelum ini, menyebabkan kelihatan timbul keadaan panik di kalangan pemimpin kanan sedia ada PAS, yang dikuasai golongan ulama.

Kira-kira 1,000 anggota PAS dikatakan memegang jawatan dalam kerajaan Pulau Pinang.

Dalam kenyataannya hari ini, Lim juga meluahkan rasa kecewanya terhadap keengganan empat ahli majlis PAS Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai daripada PAS berundur daripada jawatan itu.

Tindakan itu, kata Lim sangat memalukan dan merendahkan maruah dan penghormatan kepada PAS di mata orang ramai.

“Sebagai ketua menteri Pulau Pinang dalam kapasiti saya sebagai setiausaha agung DAP, PAS memutuskan hubungan dengan DAP adalah secara efektifnya bererti memutuskan hubungan dengan saya sebagai ketua menteri Pulau Pinang,” katanya.

Mengulas tindakan politik PAS, beliau terus mendakwa parti Islam itu terus “berkelakuan seperti Umno”.

Menegaskan kerajaan negeri mempunyai hubungan rapat dengan anggota bias PAS negeri itu, Lim berkata tindakan pimpinan baru PAS ini telah melemahkan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

“Jelas kepimpinan PAS yang baru bukan sahaja kehilangan kehormatan mereka, tetapi juga prinsip-prinsip mereka,” katanya. 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.