Cari Blog Ini

Empat Defenden Termasuk Kerajaan Negeri Kedah Disaman Berhubung Tukar Status Tanah Rizab Melayu


Saman tukar status tanah rizab Melayu
Nor Azahar menunjukkan laporan polis dan salinan writ saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Alor Setar
                                    Saman tukar status tanah rizab Melayu

[sinar]- Seorang peniaga memfailkan saman terhadap tiga defendan berhubung status hartanah rizab Melayu sejak tahun 1933 di Mukim Kedawang, Langkawi dipindah milik kepada sebuah syarikat bukan bumiputera.

Plaintif, Nor Azahar Zainol memfailkan saman itu Januari lalu di Mahkamah Tinggi Alor Setar, di mana kes terbabit akan didengar pada 21 Jun depan.

Writ saman difailkan peguam, Ranjit Singh Dhillon melalui Tetuan Ranjit Singh Dhillon & Co.

Nor Azahar selaku plaintif menamakan empat defendan, iaitu pemilik tanah, Kerajaan Kedah, Pentadbir Tanah Langkawi dan sebuah syarikat bukan Melayu.

Beliau dalam tuntutannya mahu defendan-defendan mengesahkan sekeping hartanah di Padang Puteh, Padang Mat Sirat (Langkawi) adalah hartanah rizab Melayu.

Sebelum itu, Nor Azahar membuat satu laporan polis pada 21 Mei lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi, selain turut membuat laporan sama di pejabat SPRM Langkawi, tiga hari selepas itu.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.