Cari Blog Ini

Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kritik Ulama Tak Kawal Fitnah Dalam PAS


DHPP hairan ulama tak kawal fitnah dalam PAS
[mk]- Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) N Balasubramaniam menyatakan rasa terkejutnya melihat amalan fitnah memfitnah dan saling melabel yang berlaku dalam parti Islam itu.

Pada masa yang sama, beliau bertanya kepada PAS khususnya kumpulan ulama sama ada terdapat larangan dalam al-Quran yang menghalang seseorang melakukan amalan berkenaan.

"Saya tidak pasti sama dalam Islam, dalam al-Quran ada tidak larangan supaya jangan memffitnah dan jangan melabel orang lain.

Kalau ada, kenapa ulama tidak mengawal ini berlaku dalam parti.

"Kenapa ulama tidak menegur gejala ini. Kalau label melabel ini ada dalam al-Quran, saya minta jasa baik ulama agar menunjukkan saya ayat mana dan terjemahannya.

"Kami ingin sangat mengamalkan kerana DHPP tidak mahu amalan fitnah dan label melabel berlaku dalam DHPP, Kami berharap Islam yang dibawa oleh kepimpinan ulama supaya ke hadapan.

"Kami menumpang kasih Islam yang dibawa oleh PAS," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan dalam muktamar PAS di Kuala Selangor hari ini.

Sehubungan itu, Balasubramaniam berkata gejala fitnah memftnah dan label melabel perlu diberikan perhatian oleh ulama.

Beliau juga mengajak ahli dan pimpinan PAS meneruskan gerak kerja untuk menewaskan Umno.

"Ahli dan pemimpin parti bersatu. Ulama dan profesional meneruskan gerak kerja yang berterusan sehingga ditakuti oleh Umno dan BN," katanya.


                                        DHPP kritik ulama tidak tegur ahli

[sinar]- Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) mengkritik kepimpinan ulama kerana tidak menegur ahlinya supaya menghentikan budaya melabel dan fitnah yang wujud dalam parti sejak sekian lama.

Pengerusinya, N Balasubramaniam berkata, DHPP  tidak mahu suasana berpecah, tidak bersatu wujud dalam Pas  dan mahukan suasana lebih harmoni.

“Kami terpinga-pinga dan terkejut dengan budaya fitnah-memfitnah dan label-melabel seumpamanya berlaku di dalam parti Islam,” ujarnya.

Beliau bertanya kepada Pas, khususnya kumpulan ulama sama ada terdapat larangan di dalam al-Quran yang menghalang seseorang melakukan amalan berkenaan.

“Saya tidak pasti sama ada dalam Islam, dalam al-Quran ada tidak larangan supaya jangan memfitnah dan jangan melabel orang lain. Kalau ada, kenapa ulama tidak mengawal ini berlaku dalam parti.

“Kenapa ulama tidak menegur gejala ini. Kalau label-melabel ini ada dalam al-Quran, saya minta jasa baik ulama agar menunjukkan saya ayat mana dan terjemahannya,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan dalam Muktamar Tahunan Pas ke-61 di Kuala Selangor, semalam.

Beliau berkata, sekiranya ada larangan tersebut dalam al-Quran, DHPP ingin supaya amalan itu tidak berlaku dalam dewan penyokong itu.

“Kami berharap Islam yang dibawa kepimpinan ulama supaya ke hadapan, “Kami menumpang kasih Islam dibawa oleh Pas.

“Jika kita sering melaungkan Islam adalah penyelesaian, buktikanlah masalah yang berlaku dalam Pas ini secara Islam,” ujarnya.

                   

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.