Cari Blog Ini

AirAsia Sedia Serap Kakitangan MAS Yang Diberhentikan


[gambar fail]
AirAsia Bhd sedia mengambil sebahagian pekerja Penerbangan Malaysia (MAS) susulan rancangan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) memberhentikan kira-kira 6,000 kakitangan di bawah pelan penstrukturan semula syarikat penerbangan nasional itu.

Angka 6,000 orang itu mewakili kira-kira 30 peratus daripada 20,000 tenaga kerja MAS. "AirAsia X dan AirAsia semakin berkembang, sudah pasti kami bersedia melakukan yang terbaik untuk menyerap seramai mungkin, dan kami sudah pun (menyerap petugas MAS).

"Kami sudah berkembang daripada 200 pekerja kepada 15,000, dan ramai daripada mereka adalah daripada MAS," kata Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Sri Tony Fernandes, selepas melancarkan kempen 'Fill Up and Fly Free' bersama Petronas Dagangan Bhd di sini hari ini.

Beliau berkata perpindahan pekerja dari MAS ke kumpulan AirAsia adalah sihat berdasarkan perbezaan pilihan dalam kalangan pekerja syarikat penerbangan, yang mana ada antara mereka mahu bekerja dengan syarikat penerbangan tambang rendah berbanding penerbangan premium.

Kira-kira 50 peratus pekerja AirAsia pernah bekerja dengan MAS. "Ada pekerja AirAsia berpindah ke MAS dan ia adalah perkembangan yang sihat kerana ada yang mahukan kos rendah dan sebaliknya," katanya.

Khazanah, cabang pelaburan kerajaan, kini memiliki 69.3 peratus saham syarikat penerbangan negara itu dan mahu mengambil alih keseluruhan pegangan dalam MAS susulan tawaran untuk membeli baki ekuiti 27 peratus saham daripada pemegang saham minoriti. Penstrukturan semula MAS dijangka menelan belanja RM6 bilion.

- BERNAMA

6000 Pekerja MAS Bakal Dipecat, Masalah MAS Cerminkan Kemelut Dihadapi Negara

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.