Cari Blog Ini

1MDB Punca Ringgit Jatuh !


Kejatuhan mata wang: Menteri, Mufti beza pendapat
[sinar]- Kejatuhan mata wang negara amat memberi kesan ‎tambahan apabila berada diluar negara, kata Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin.

Katanya, kejatuhan nilai ringgit ini menyebabkan rakyat tidak senang duduk.

"Kini, kebetulan saya berada di luar negara sudah dua minggu dan dapat merasai kejatuhan itu, Semoga ALLAH selamatkan kita semua.

"Oleh itu, sesiapa yang berada di luar negara akan terasa bagaimana mata wang kita jatuh, Keadaan ini menjadikan rakyat amat bimbang," katanya menerusi laman Facebook.

Jelasnya lagi, menerusi 'cakap-cakap' orang ekonomi punca kejatuhan nilai ringgit adalah kerana kesan daripada  1Malaysia Development Berhad (1MDB).

‎"Tiga minggu yang lalu ada pakar ekonomi memaklumkan kepada saya bahawa ringgit akan jatuh, Ia salah satu kesan 1MDB, katanya, Saya hanya mendengar penerangannya," ujarnya.

Sebelum ini, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz ketika di Parlimen berkata, beliau sangat gembira dengan kejatuhan nilai Ringgit berbanding mata wang lain.

Katanya, nilai mata wang negara yang rendah mendorong pelancong asing untuk lebih berbelanja sekali gus membantu merangsang ekonomi negara.

                    

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.