Cari Blog Ini

"Wanita Meninggal Dunia Akibat H1N1 Di Hospital Port Dickson", Penghidap Kencing Manis, Pneumonia Dan Asma Dinasihatkan Mendapatkan Rawatan Segera Kerana Risiko Tinggi Apabila Dijangkiti H1N1



Penghidap kencing manis, pneumonia dan asma dinasihatkan mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami selesema bagi mengesan jangkitan influenza A (H1N1), kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata rawatan awal adalah penting kerana penghidap kencing manis,pneumonia dan asma menghadapi risiko tinggi apabila dijangkiti H1N1.

"Bagi kes tertentu seperti penghidap kencing manis, pneumonia (jangkitan paru-paru) dan asma selepas mereka dapat kuman ini (H1N1) ia akan tingkatkan risiko mereka," katanya kepada pemberita di kementeriannya di Putrajaya semalam.

Dr Subramaniam diminta mengulas mengenai kematian seorang wanita akibat jangkitan H1N1 di Hospital Port Dickson (HPD) awal minggu ini.

Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan Dr Abdul Rahim Abdullah dilaporkan berkata mangsa yang juga seorang suri rumah mengalami simptom sesak nafas dan  loya pada 5 Mei lalu sebelum dibawa ke HPD sehari selepas itu.

Dr Abdul Rahim dilaporkan berkata punca kematian wanita itu disahkan sebagai 'Severe Pneumonia' akibat H1N1.

- Bernama

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.