Cari Blog Ini

Wanita 70 Tahun, Mangsa ‘Pengundi Hantu’ Permatang Pauh


AvWV38X3P8BIgI9yaDfYcoiNgO6KzOqVAIdTXDDSkz1P

Puan Tan Soo Eng, 70 tahun menjadi mangsa pengundi hantu di pilihanraya kecil Permatang Pauh hari ini, apabila namanya sudah pun digunakan orang lain untuk membuang undi di pusat mengundi SRJK (C) Jit Sin pagi tadi.

Beliau yang hadir ke pusat mengundi pada jam 11 pagi tadi telah dihalang daripada mengenakan dakwat kekal di jari setelah ejen kiraan undi Pakatan Rakyat mendapati bahawa orang lain telah pun mengundi bagi pihaknya.

“Ini bukti kukuh wujudnya pengundi hantu di pilihanraya kecil Permatang Pauh,” ujar Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim dalam sidang media bersama wanita tersebut.

Semalam Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli telah mendedahkan wujudnya pengundi yang berdaftar di alamat Permatang Pauh, namun ternyata tidak menetap di alamat seperti yang tertera di dalam Daftar Pemilih.

“Dalam kes Puan Tan, buktinya telah jelas, Kami telah membuat laporan kepada pihak Suruhanjaya Pilihanraya, dan akan membawa beliau untuk membuat laporan polis,” ujar Steven yang merupakan Pengarah Pilihanraya DAP bagi PRK tersebut.

Menurutnya lagi, pihaknya juga telah menerima aduan sejak awal pagi tentang beberapa kes lain termasuklah mengenai nama-nama yang dikeluarkan daripada Daftar Pemilih, dipindahkan pusat mengundi malah ada yang dipindahkan kawasan mengundi.

Kenapa JKR gigih selenggara jalan hari ini?

Terdapat juga aduan daripada pengundi di kawasan Samagagah dan Penanti bahawa terdapat kerja-kerja menurap jalan oleh pihak Jabatan Kerja Raya pada hari mengundi di waktu tengah hari.

“Ramai yang bekerja hari ini dan mahu mengundi sewaktu makan tengahari.

Namun kesesakan lalulintas akibat kerja-kerja JKR ini membuatkan mereka berpatah balik sebelum sempat mengundi,” jelas beliau sambil bertanya kenapa JKR memilih hari ini untuk membuat kerja-kerja menurap.

Bagi Steven, ini isyarat jelas bahawa Barisan Nasional sedang terdesak sehingga sanggup menggunakan taktik kotor bagi menafikan kemenangan Pakatan Rakyat di Permatang Pauh.

“Kami beri amaran kepada pihak SPR supaya bertugas secara profesional dan tidak berat sebelah, Pihak berkuasa juga mesti bertindak atas aduan-aduan yang telah kami kemukakan,” tambahnya.

- Roketkini

                   

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.