Cari Blog Ini

Wan Azizah Pegang Dua Jawatan Tak Boleh, Najib Pegang Dua Jawatan Boleh Pula


Tugas Kak Wan tak sesukar Najib pegang dua jawatan
[kd]- Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching membidas Barisan Nasional yang mempertikaikan kredibiliti calon KEADILAN di Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

BN sebelum ini mendakwa Wan Azizah tidak layak menjadi wakil rakyat di Permatang Pauh kerana Presiden KEADILAN kini menggalas tugas sebagai Adun Kajang.

Pemimpin DAP itu merujuk portfolio Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika ini yang memegang dua jawatan penting dalam pentadbiran negara.

“Ada orang lancarkan serangan kepada Kak Wan kononnya calon kita tak layak dilantik sebagai wakil rakyat Permatang Pauh sebab Kak Wan adalah Adun Kajang.

“Tapi saya tak fikir, tugas seorang Adun dan seorang Ahli Parlimen itu sesukar tugas PM Najib yang memegang dua jawatan sekarang iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

“Isunya kalau PM Najib nak pegang dua jawatan tapi dia cukup kredibiliti, saya tak ada masalah.

“Tapi bedasarkan penelitian saya, Najib sendiri gagal menjalankan tugasnya sebab dia jarang hadir Parlimen,” katanya dalam sidang media di Yayasan Aman.

Lebih mendukacitakan katanya, Najib sewajarnya lebih bertanggungjawab untuk hadir membincangkan setiap isu yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

Namun katanya, sejak Parlimen bersidang Jun tahun lalu sehingga Disember lalu, kehadiran Najib di Parlimen amatlah mendukacitakan.

“Sepatutnya Najib hadir sebagai tanggungjawabnya menjawab soalan-soalan Ahli Parlimen.

Tapi, bedasarkan maklumat yang saya kumpul sejak Jun hingga Disember tahun lalu, kehadiran Najib hanya 9 peratus saja. Tak sampai 10 peratus,” jelasnya.

Ujarnya lagi, kegagalan Najib untuk hadir dalam setiap sesi Parlimen itu juga mengesahkan kredibiliti Najib yang perlu dipersoalkan BN.

“Kalau ada orang kata tentang Kak Wan, saya cabar supaya pihak tidak bertanggungjawab itu suruh Najib letak saja jawatannya, itu lebih baik,” jelasnya.


                                         BN: Kajang pun terabai, Kak Wan

[mk]- Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tidak layak menjadi wakil rakyat Permatang Pauh memandangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang sendiri yang disandangnya terabai, kata BN.

Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin justeru menasihatkan pengundi Permatang Pauh supaya bijak memilih wakil rakyat mereka.

"Apakah mereka (penduduk Permatang Pauh) mahu wakil rakyat mereka jaga Kajang lepas itu sebulan sekali datang ke sini.

"Tugas-tugas lain dan kerja-kerja lain pastinya yang nak dia buat tidak akan berkesan.

"Dia kata (Kajang) akan diuruskan oleh menteri besar Selangor, kalau macam itu, dia tak payahlah bertanding di sana. Ini tanggungjawab," katanya.

Timbalan perdana menteri berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan projek naik taraf Hospital Seberang Jaya hari ini.

Selain itu, Muhyiddin turut berkata, calon BN Suhaimi Sabudin merupakan calon yang paling sesuai untuk menjaga Permatang Pauh memandangkan beliau merupakan anak jati di situ.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.