Cari Blog Ini

[Video Yang Tersebar] Muhyiddin Pertahan Pendirian, Lembaga Pengarah 1MDB Perlu Dipecat


Muhyiddin_apanama_umno_1mdb_600

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata, video yang tersebar menyatakan beliau memberikan pandangan supaya anggota lembaga pengarah syarikat milik Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dipecat adalah pandangan beliau dalam satu pertemuan tertutup.

Beliau berkata, perkara itu juga bukan perkara baharu, sebaliknya ia sudah pun dibangkitkan di luar pertemuan tertutup itu.

"Itu pandangan pertemuan tertutup dan kursus politik dibuat oleh biro latihan Umno, Itu padangan saya dan rakan-rakan perhimpunan politik supaya lebih faham.

"Ini bukan suara baru, sudah disuarakan di luar dan kita tentukan penyelesaian tentang perkaran yang tersebut," katanya, kepada pemberita pada sidang media di lobi Parlimen selepas sesi pembentangan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), hari ini.

Muhyiddin dalam video berkenaan menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar memecat lembaga pengarah 1MDB dan membawa masuk polis menyiasat syarikat yang sarat dengan hutang itu.

Muhyiddin berkata, sekiranya Najib yang juga perdana menteri dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB tidak bertindak, tidak mustahil Umno dan Barisan Nasional (BN) akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang.

"Saya beritahu perdana menteri, pecat semua ahli lembaga pengarah 1MDB. Buang mereka.

Buanglah, pasal mereka, perdana menteri terpaksa menanggung, tetapi tidak dibuang lagi,” katanya dalam satu program Keris yang diadakan Jumaat lalu, dan dihadiri pemimpin kanan Umno termasuk Naib Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

"Buanglah. CEO ni buang. Bukan buang sahaja, panggil polis siasat," kata Muhyiddin disambut sorakan pemimpin tertinggi Umno, dalam video yang turut dimuatnaik di YouTube.

Muhyiddin berkata beliau berasa hairan bagaimana dalam tempoh yang singkat syarikat milik Kementerian Kewangan itu menanggung hutang sehingga RM42 bilion.

Katanya, isu 1MDB perlu segera diselesaikan kerana ia hanya menjadi liabiliti kepada kerajaan dan menyebabkan Umno tidak dipilih rakyat.

- The Malaysian Insider

[Video] Muhyiddin Desak Najib Pecat Semua Lembaga Pengarah 1MDB

                   

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.