Cari Blog Ini

Umno BN Tunggu Masa Untuk Berkubur Kata Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan


Redzuan-Othman_bn_600

[fmt]- Barisan Nasional (BN) akan berkubur satu hari kelak kerana gagal menyelesaikan permasalahan rakyat seperti isu kenaikan kos sara hidup dan terbaru, Cukai Barangan dan Perkhidmatan.

Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE) Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman, berkata ramalan itu berdasarkan fakta sejarah politik dunia bahawa tiada parti politik atau gabungan yang kekal selamanya.

Beliau berkata, hanya BN sahaja yang masih wujud lebih 40 tahun namun BN akan mati juga satu hari kelak kerana kajian menunjukkan BN tidak lagi mampu menyelesaikan permasalahan rakyat.

“Dari sejarah manusia, tidak ada yang boleh hidup sampai beribu tahun kerana akhirnya akan tetap mati.

Kalau ikutkan adat, BN juga akan mati akhirnya,” katanya dalam program Siri Dialog Darul Ehsan bertajuk PRK Permatang Pauh dan Masa Depan Politik Negara di Universiti Selangor (UNISEL) pada Jumaat.

Mohammad Redzuan berkata, sikap pengundi telah berubah sejak Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 2008 kerana faktor kenaikkan kos sara hidup.

Beliau percaya, pelaksanaan GST akan mengubah lagi sikap pengundi untuk tidak mengundi BN pada PRU akan datang.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.