Cari Blog Ini

Umno BN Sering Bangkit Isu Melayu Untuk Tutup Kegagalan Pentadbiran BN - Timbalan Ketua Pemuda Pas


Muhammad Khalil Abdul Hadi
Muhammad Khalil Abdul Hadi
[sinar]- Isu perpecahan di kalangan masyarakat Melayu yang sering ditimbulkan untuk menutup kegagalan pentadbiran BN, dakwa Timbalan Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Hakikatnya kata Muhammmad Khalil, kerajaan lah yang sepatutnya berusaha mencari jalan untuk memastikan penyatuan umat Melayu dan bukannya terus membangkitkan isu tersebut.

“Peranan ini sepatutnya diambil oleh orang BN itu sendiri sebagai satu parti untuk bangsa Melayu. Sepatutnya BN ambil peranan untuk bela tanah-tanah orang Melayu, nasib orang Melayu, rizab orang Melayu.

“Begitu juga dengan apa yang berlaku di Kelantan dan Terengganu. Majoriti penduduk di sana adalah orang Melayu, tetapi kita boleh lihat bagaimana terpinggirnya orang Melayu di negeri-negeri lain,” katanya ketika ditemui Sinar Online ketika mengadakan lawatan rasmi di Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.

Terdahulu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan keresahan orang Melayu terhadap keadaan dan masa depan negara yang semakin membimbangkan.

Menurut Dr Mahathir, ia sepatutnya tidak berlaku kerana orang Melayu merupakan rakyat majoriti dalam negara ini.

Muhammmad Khalil menyifatkan apa yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir itu hanya mencerminkan kegagalan BN itu sendiri.

“Kita melihat bahawa isu perpecahan di kalangan orang Melayu bukan satu isu yang baharu.

Ia sentiasa ditimbulkan setiap kali pilihan raya tidak kira sama ada Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Kecil, isu ini pasti akan ditimbulkan," katanya lagi.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.