Cari Blog Ini

TNB Kini Dalam Perbincangan Dengan 1MDB Berhubung Pembelian Ekuiti Terbesar Dalam Loji Jana Kuasa Arang Batu


TNB bincang dengan 1MDB berhubung pegangan dalam Project 3B
Tenaga Nasional Bhd (TNB) kini dalam perbincangan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berhubung pembelian ekuiti terbesar dalam loji jana kuasa arang batu 2000MW, dikenali sebagai Project 3B.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus Ongkili berkata perbincangan antara dua syarikat tersebut diketahui kementerian, namun belum ada kata putus mengenainya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Mei, 2015.
[Maximus Ongkili]
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus Ongkili berkata kementerian tahu mengenai perbincangan itu namun setakat ini belum ada kata putus dimaklumkan.

"Rancangannya ialah mengambil alih pegangan terbesar dalam projek tetapi mereka masih berbincang.

"Saya rasa segala langkah sewajarnya baru sahaja dimuktamadkan dan kementerian serta Suruhanjaya Tenaga akan dimaklumkan," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Subang Tenaga Hub hari ini.

Beliau berkata sebarang perubahan dalam ekuiti projek yang diluluskan sebelum ini akan dimaklumkan kepada kementerian dan Kabinet.

Menurut laporan sebelum ini, 1MDB memiliki 70% daripada Project 3B yang terletak di Jimah, Negeri Sembilan itu dan bakinya oleh Mitsui Co Ltd.

Projek dengan nilai dianggar RM11 bilion dijadualkan untuk pentauliahan secara berperingkat bermula 1 Oktober 2018.

Project 3B terletak bersebelahan Stesen Kuasa Jimah yang 25% dikuasai TNB dan baki oleh 1MDB.

Sementara itu mengulas program hari ini, Ongkili berkata TNB memperuntukkan RM18 juta bagi menubuhkan 12 pusat perkhidmatan pelanggan premier dikenali 'Tenaga Hub' bagi menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pelanggan.

"TNB akan membelanjakan RM1.5 juta bagi setiap Tenaga Hub yang akan siap menjelang 2017 termasuk di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Baharu," katanya.

Mengenai perjanjian air Selangor, Ongkili berkata beliau akan bertemu Menteri Besar Azmin Ali minggu depan bagi membincangkan semua pertikaian berhubung penstrukturan semula industri perkhidmatan air di negeri itu.

"Kita perlu menyelesaikan segera isu ini," katanya.

Garis masa bagi memuktamadkan cadangan pengambilalihan konsesi air daripada Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB) dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) oleh kerajaan negeri tertangguh 3 kali.

- Bernama

* 1MDB Bermasalah Bila 'Let Go' Projek 3B Kepada TNB - Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.