Cari Blog Ini

Tidak Mustahil Cetak Lebih Banyak Wang Selamatkan 1MDB



[fmt]- Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak menolak kemungkinan kerajaan Barisan Nasional (BN) mencetak lebih banyak wang bagi menanggung hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin bersedia menggadaikan sensitiviti rakyat demi menyelamatkan 1MDB.

“Tidak mustahil mereka (Najib) sanggup mencetak lebih banyak wang untuk membiayai hutang 1MDB setelah segala dana rakyat habis digunakan nanti.

“Sekiranya dilakukan demikian, maka nilai Ringgit Malaysia akan susut ke tahap yang lebih rendah dan rakyat yang menanggung tekanan memandangkan banyak bahan keperluan asas rakyat Malaysia diimport,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Wan Azizah berkata, satu demi satu kepincangan dikesan dilakukan demi menyelamatkan anak syarikat milik kerajaan itu.

“Saya kesal dengan sikap kerajaan. Sudahlah pendapatan rakyat yang tidak meningkat dirompak oleh kerajaan menerusi beban GST, duit simpanan untuk masa depan rakyat (LTH, KWAP) pula digunakan sewenang-wenangnya untuk menyelamatkan 1MDB yang hanya menguntungkan kroni,” katanya.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, berharap Bank Negara Malaysia (BNM) bertindak menentang perbuatan yang boleh menyebabkan penyusutan nilai ringgit demi mempertahankan mata wang negara.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.