Cari Blog Ini

Takaful Malaysia Berhad Sahkan Pembelian Bon Sukuk Daripada 1MDB



Syarikat Takaful Malaysia Berhad mengesahkan pembelian bon sukuk daripada Pihak Berkuasa Pelaburan Terengganu (TIA) pada 2009 melibatkan nilai RM85 juta.

Sukuk itu diterbitkan TIA yang kini dikenali sebagai 1MDB.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam Malaysia Berhad Holdings (BIMB) Datuk Seri Zukri Samat berkata Bank Islam tidak mempunyai kaitan dengan 1MDB namun di peringkat kumpulan, Takaful melanggan sukuk tersebut yang akan matang pada 2039.

“Saya boleh sahkan Bank Islam tidak ada kaitan, namun Takaful mempunyai langganan sukuk yang dijamin kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan kumpulan kali ke-18.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Takaful Datuk Seri Mohamed Hassan Md Kamil berkata sukuk tersebut dilanggan sebelum kewujudan 1MDB.

“Kami langgan pada 2009 sewaktu TIA menerbitkan bon dan ia dilakukan sebelum kemunculan 1MDB.”

Takaful merupakan unit di bawah BIMB.

- Bernama

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.