Cari Blog Ini

Tahniah TNB Kerana Tak Makan Pujuk Untuk 1MDB



DAP menyokong ketegasan Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB) Datuk Azman Mohd enggan membayar ‘premium’ Projek 3B dalam pembelian ekuiti itu daripada 1MDB.

Urusan penjualan ekuiti kepada TNB itu diumumkan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Maximus Ongkili baru-baru ini.

Ia merupakan sebuah projek loji kuasa arang batu yang mampu menghasilkan tenaga sehingga 2000MW.

Namun, pihak TNB menolak membayar apa-apa premium bagi pihak 1MDB.

Menurut Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua, pembayaran premium itu membimbangkan rakyat kerana ia akan dilihat sebagai usaha TNB menyelamatkan 1MDB yang terpalit pelbagai skandal dan gagal menguruskan dana kewangannya sebanyak RM11 bilion, di samping kemungkinan berlaku kenaikan tarif elektrik akibat kos besar perlu ditampung.

“Rakyat sangat lega dengan pengumuman Azman bahawa TNB tak akan membayar apa-apa premium untuk projek 3B.

“Sekiranya TNB mahu memiliki kepentingan 1MDB dalam Projek 3B, DAP sependapat dengan Azman supaya TNB diberi diskaun pada kos yang ditanggung 1MDB, bukannya membayar premium tidak wajar untuk menyelamatkan 1MDB,” ujar Tony.

Walaupun begitu, Tony tetap melahirkan kebimbangannya jika TNB akhirnya tetap menaikkan tarif elektrik apabila mereka berpendapat projek tersebut tidak mempunyai potensi.

Justeru, Tony menggesa pemberian projek tersebut diberi melalui tender terbuka dengan syarat Suruhanjaya Tenaga (EC) tidak boleh meluluskan apa-apa pemindahan hak konsesi loji kuasa jika ia melibatkan perubahan tarif.

“Azman sendiri mengatakan EC boleh mengambil kembali projek untuk dilelong semula. Semua keputusan ada di tangan kerajaan.

“Oleh itu, untuk melindungi kebebasan, integriti dan tadbir urus yang baik kerajaan perlu segera melaksanakan tender terbuka baru bagi Projek 3B untuk memastikan hanya pengeluar tenaga yang menawarkan tarif paling rendah diberi hak,” katanya.

- Roketkini


                                   MP risau tarif TNB naik jika beli loji 1MDB

[mk]- Kerajaan digesa supaya tidak meluluskan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengambil alih loji kuasa arang batu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sekiranya ia akan menyebabkan tarif elektrik yang lebih tinggi.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dalam satu kenyataan hari ini melahirkan kebimbangan terhadap kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif TNB Azman Mohd pada 12 Mei bahawa TNB berhasrat untuk memohon kenaikan tarif untuk menampung pembelian loji janakuasa arang batu 2000MW itu yang dikenali sebagai Projek 3B.

Pua berkata dakwaan Azman bahawa TNB tidak akan membayar premium untuk memperolehi saham majoriti dalam projek itu adalah berita baik untuk orang ramai kerana ia bermakna TNB tidak berhasrat untuk menyelamatkan projek 1MDB itu.

"Bagaimanapun, kita juga prihatin bahawa Azman akan memohon 'semakan tarif' sekiranya TNB mengambil alihnya, dengan mendakwa projek itu mungkin sebaliknya tidak 'berdaya maju secara komersial'.

"Oleh kerana projek ini telah dianugerahkan melalui tender terbuka, maka Suruhanjaya Tenaga (EC) mestilah jangan meluluskan sebarang pemindahan hak konsesi loji kuasa itu sekiranya ia akan melibatkan apa-apa perubahan dalam tarif yang dipersetujui," katanya.

Bulan lepas dilaporkan bahawa TNB mengintai projek itu, dan Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau, Tan Sri Maximus Ongkili dilaporkan mengesahkan pada 12 Mei bahawa perbincangan mengenai TNB untuk memperoleh ekuiti terbesar dalam Projek 3B sedang berjalan.

1MDB Bermasalah Bila 'Let Go' Projek 3B Kepada TNB - Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.