Cari Blog Ini

Pembelian Tartanah 1MDB : Tabung Haji (TH) Patut Batal Pembelian, Bukan Lapor Polis


Datuk Johan Abdullah  buat laporan polis

[mk]- Tindakan Lembaga Tabung Haji membuat laporan polis berhubung kebocoran maklumat rasmi berkenaan pembelian hartanah 1Malaysia Development Bhd (1MDB) adalah memalukan, kata PAS.

Naib presidennya Datuk Husam Musa berkata tindakan itu “jelas untuk menutup tindakannya yang menimbulkan kesangsian dan kemarahan pencarum”.

“Langkah lebih mulia adalah membatalkan pembelian itu,” kata Husam (kanan).

“Bahkan langkah mulia juga ialah pihak bertanggungjawab menawarkan perletakan jawatan mereka termasuk atas sebab kebocoran yang memalukan itu sendiri, selain tindakan pembelian yang tidak dapat diterima itu. ”

Tabung Haji semalam dilapor membuat laporan polis berhubung pembocoran dokumen dalam urus niaga pembelian tanah di Tun Razak Exchange (TRX).

Laporan itu, lapor Astro Awani antaranya menyebut blog The Benchmark, yang mendedahkan dakwaan itu, memanipulasi fakta pelaburannya yang menurut peraturan dan mendapat kelulusan secara betul dan teratur.

Ia menyebut pembelian tanah dengan harga RM188.5 juta setelah mendapat potongan pada kadar pasaran semasa sebagai dinilai oleh penilai bebas dan profesional serta dalam pengetahuan.

Laporan polis itu turut menafikan Tabung Haji sedang dalam proses membeli Menara Signature sebagaimana didakwa.

Pelbagai pihak semalam menuntut penjelasan dan menyatakan perasaan tidak senangnya dengan pembelian yang didakwa melibatkan harga terlampau tinggi.

Mufti Perlis Datuk Mohamad Asri Zainul Abidin antara yang menuntut penjelasan dalam isu itu manakala NGO Islam terkenal Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pula membuat laporan polis supaya dakwaan blog itu disiasat.

Pendeposit Bimbang Caruman Tabung Haji Diguna Bayar Hutang 1MDB

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.