Cari Blog Ini

Tabung Haji Kena Cukai 30 Peratus Daripada Untung Jual TRX - Peguam Hartanah



Lembaga Tabung Haji (TH) disifatkan akan dikenakan Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT) sebanyak 30 peratus di atas keuntungan bersih penjualan semula tanah di projek Tun Razak Exchange (TRX) yang dibeli daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada pemilik baharu tanah berkenaan.

Peguam hartanah, Khairul Anuar Shaharudin berkata, jumlah itu sekali gus bakal mengurangkan jumlah keuntungan yang diumum TH selepas mengambil keputusan menjual semula aset yang dibeli daripada 1MDB.

"Katakanlah keuntungan yang diumum adalah RM5 juta, jadi keuntungan bersihnya harus ditolak 30 peratus untuk cukai RPGT.

"Kerajaan kenakan cukai itu kepada syarikat yang membuat jualan jika memegang hartanah atau aset tersebut dalam masa lima tahun namun dikecualikan kepada individu," katanya kepada Astro AWANI di sini pada Ahad.

BACA: KWAP dilapor beli tanah milik 1MDB di Tun Razak Exchange

Khairul Anuar mengulas kenyataan Pengerusi TH, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang menjangkakan keuntungan lebih RM5 juta daripada penjualan plot tanah seluas 1.56 ekar itu.

Kata Abdul Azeez, setakat ini sudah ada tiga pihak sedia membeli tanah ini dan urusan jual beli tanah ini akan dilaksanakan TH minggu depan selain memberitahu keputusan penjualan itu juga sudah diputuskan dan dipersetujui semua ahli Lembaga Pengarah TH.

BACA: TH putuskan jual tanah TRX - Pengerusi TH

BACA: 1MDB disaran lantik firma audit antarabangsa untuk jawab persoalan

Dalam pada itu kata Khairul Anuar, TH juga akan dikenakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) daripada keseluruhan harga jualan tanah tersebut.

"Jadi apabila TH memaklumkan jualan semula tanah itu pada jumlah hampir RM200 juta, kerajaan akan kenakan GST sebanyak enam peratus daripada angka itu.

"Keuntungan TH juga dijangka akan menjadi lebih rendah dari yang diumum selepas ditolak RPGT dan GST," ujarnya.

Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin sebelum ini meminta TH membatalkan transaksi pembelian TRX untuk mengelakkan persepsi kurang baik di kalangan pendeposit.

BACA: Batalkan transaksi jika boleh elak persepsi negatif pendeposit - Khairy

Dalam pada itu, seorang pakar percukaian negara yang enggan dikenali menjelaskan, penjualan tanah di TRX oleh TH kepada pihak ketiga dilihat mustahil dilakukan dalam masa singkat.

"Jadi transaksi ini sebenarnya mustahil kerana RPGT yang akan dikenakan ini akan mengambil sedikit masa untuk diselesaikan.

"Ia bukan boleh selesai dalam masa satu atau dua hari, banyak prosedur yang perlu dibuat untuk memastikan transaksi itu berjaya," ujarnya.

BACA: Isu tanah TRX: Beri jawapan untuk hilang kerisauan rakyat - Dr Maza

BACA: Keputusan TH jual semula tanah TRX tindakan tepat - Ismail Sabri


Sebelum ini, Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Johan Abdullah membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi berhubung 'pembocoran' dokumen Tabung Haji dalam urusan pembelian tanah di pusat kewangan TRX.

Laporan itu antara lain menyatakan blog 'The Benchmark' didakwa memanipulasi fakta berkaitan pelaburan yang dilaksanakan TH untuk pembelian tanah di TRX.

astro awani

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.