Cari Blog Ini

Sultan Johor : GST Perkhidmatan K'jaan Tak Masuk Akal



[mk]- Arahan perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) terhadap kerajaan negeri dan kerajaan tempatan tidak masuk akal, titah sultan Johor.

"Perkara ini adalah tidak masuk akal kerana perkhidmatan kerajaan adalah tanggungjawab asas kepada rakyat dan tidak wajar untuk ditambah lagi dengan beban bayaran GST oleh rakyat," titah baginda.

Justeru, sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah supaya pihak berkuasa tempatan (PBT) Johor tidak mengenakan GST terhadap perkhidmatan mereka.

Baginda juga bertitah supaya pihak itu mendapatkan pengecualian daripada kerajaan persekutuan, Sultan Ibrahim bertitah demikian di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini.

GST dilaksanakan mulai 1 April lalu di tengah-tengah bantahan aktivis dan pembangkang.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.