Cari Blog Ini

SPRM, PDRM Berada Pada Tahap Paling Rendah Di Negara Ini


SPRM, PDRM gagal jaga kepentingan umum

[sinar]- Kewibawaan institusi penyiasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) didakwa berada pada tahap paling rendah di negara ini.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menegaskan ketidakadilan siasatan kes Teoh Beng Hock dan dakwaan salah laku rasuah oleh bekas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud membuktikan badan itu gagal menjaga kepentingan rakyat.

"Banyak lagi (kes) menjadi bukti kegagalan institusi ini mempertahankan kepentingan rakyat terbanyak.

"Rakyat Malaysia mesti, bertindak seperti Korea Selatan, yang mampu mengheret bekas-bekas presiden ke penjara," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau juga berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu dipertanggungjawabkan ke atas kecelaruan ekonomi negara berlaku sekarang.

"Kerajaan Najib telah berbelanja mewah, boros dan bocor yang maha dahsyat menyebabkan ekonomi Malaysia berada dalam keadaan yang terlalu parah dengan hutang negara mencecah RM750 billion.

"Najib juga perlu bertanggungjawab sepenuhnya kepada skandal 1MDB melalui penyelewengan Tabung Haji dan banyak lagi skandal kewangan yang berlaku dalam negara," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu mahu Presiden Umno itu membubarkan Parlimen segera bagi membolehkan rakyat menilai semula pentadbirannya.

"Datuk Seri Najib perlu segera membubarkan Parlimen dan dihakimi oleh rakyat," katanya lagi.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Usul dan cadangan dari PAS yang tak masuk akal adakah wajar seseorang yang sudah hendak lemas dalam air dicampakkan batu untuk ber gayut adakah patut sepatutnya kita campak lah pelampong agar dia selamat lepas itu kita tanya dia kenapa berada dalam air hingga nak lemas jika boleh terima alasan dia tak mengapa jika tidak barulah kita tibai dia.Fikir sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.