Cari Blog Ini

Siasat Dalang Sebenar 1MDB Lebih Penting Dari Cari Penyebar Video Kata Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO


UMNO, Muhyiddin, recording

Polis dan Bank Negara digesa segera menyiasat dalang di sebalik masalah aliran tunai dan hutang syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata, sehingga kini, polis masih belum memberi sebarang reaksi terhadap laporan polis yang dibuat hampir dua minggu lepas ke atas laman web Sarawak Report.

"Laporan polis telah pun dibuat ke atas Sarawak Report, penglibatan Low Taek Jho, atau Jho Low serta Lembaga Pengarah 1MDB sendiri.

"Isu aliran tunai dan hutang 1MDB juga dilihat jauh lebih besar dari isu rakaman video haram ucapan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pertemuan tertutup bersama pemimpin di Institut Latihan Memperkasakan UMNO (ILMU) di Janda Baik, Sabtu lalu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Khairul Azwan mengulas laporan sebuah blog yang mengaitkan penglibatan seorang pemimpin UMNO Bahagian Segambut, Wilayah Persekutuan sebagai individu yang merakam ucapan Muhyiddin tempoh hari.

BACA: 1MDB: Pemuda UMNO mahu pihak berkuasa, polis siasat laporan Sarawak Report

Sebelum ini, Pemuda UMNO Malaysia telah membuat laporan polis berdasarkan laporan di dalam laman web Sarawak Report mengenai transaksi 1MDB.

Laporan itu menggesa pihak berkuasa atau polis untuk melakukan siasatan dengan serta merta terhadap laporan Sarawak Report yang bertarikh 28 Februari lepas.

Laman web itu dikatakan mendapat ribuan dokumen dan emel berkenaan transaksi serta akses eksklusif salinan perjanjian usahasama bertarikh 28 September 2009 antara syarikat 1MDB dan syarikat PetroSaudi.

BACA: Siasatan 1MDB perlu pantas, rakyat sedang menunggu - Khairy

Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin meminta Jho Low disiasat di atas dakwaan penglibatan dalam isu 1MDB.

Khairy turut melahirkan harapan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dapat memanggil Jho Low dalam prosiding siasatan mereka.

BACA: Pemimpin UMNO WP dikaitkan dalang rakam video ucapan Muhyiddin

Pada Jumaat, Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusuf berkata, parti itu sedang dalam proses menyiasat individu yang merakam video ucapan Muhyiddin di ILMU.

Katanya, siasatan yang diketuai Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu juga dijangka selesai dalam sedikit masa lagi.

BACA: 1MDB: Ahmad Zahid sedang siasat individu rakam video di ILMU - Ab Rauf

- astro awani 


                                  Umno buru dalang dedah video Muhyiddin

[mk]- Umno sedang menyiasat dalang di sebalik penyebaran rakaman ucapan timbalan presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahukan semua anggota lembaga pengarah 1MDB dipecat.

Setiausaha kerja parti itu Datuk Ab Rauf Yusoh memberitahu SuaraTV bahawa siasatan itu dikendalikan oleh Naib Presiden Umno Datuk Zahid Hamidi kerana penyebaran itu tidak harus berlaku.

“Saya difahamkan Datuk Zahid sedang menjalankan siasatan berhubung penyebaran rakaman tersebut bagi mencari dalang yang merakam dan menyebarkan ucapan tersebut.

“Menurut garis panduan yang ditetapkan program latihan seperti itu tidak boleh dibuat sebarang rakaman apatah lagi untuk menyebarkannya kepada umum,” beliau dilapor sebagai berkata.

Laman itu juga melaporkan bahawa ucapan itu tidak harus diraikan kerana program itu – dikenali sebagai KERIS 2314 – sepatutnya menjadi senjata BN untuk mendapatkan kembali majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum.

Semalam, ketika Datuk Seri Najib Razak membentangkan Rancangan Malaysia ke-11 di Parlimen, sebuah video dimuat naik di Internet.

Ia memaparkan ucapan Muhyiddin yang mahu semua lembaga pengarah 1MDB dipecat, Beliau kemudian menjelaskan perkara itu cuma pandangannya dan bukan perkara baru.

Kenyataan itu dilihat memberi tamparan kepada Najib memandang 1MDB lahir hasil cetusan ilhamnya, Program Umno diperketat

Sementara itu, portal pro-BN MyKMU melaporkan Zahid sebagai menjelaskan berkaitan rakaman yang dikatakan dibuat di Janda Baik, Pahang, itu.

“Sebagai pengerusi Biro Latihan Umno Malaysia saya telah mengarahkan siasatan dilakukan terhadap punca rakaman dan penyebaran,” katanya yang juga menteri dalam negeri.

Zahid juga dilapor menjelaskan bahawa beliau meminta tindakan segera diambil kerana merosakkan imej program dirangka mereka.

Perkara lain turut dijelaskan, termasuk:

(1) Ia dilakukan oleh seorang timbalan ketua bahagian yang tidak sepatutnya hadir. Rakaman disebarkan di kalangan rakan-raknnya di bahagian dan dalam aplikasi mesej Telegram timbalan ketua Umno bahagian.

(2) Ucapan Muhyiddin di luar rangka kursus hadir atas kapasiti sebagai ketua Umno bahagian Pagoh.

(3) Mulai siri ke-12 program KERIS 2314, sekretariat tidak akan membenarkan telefon bimbit dan sebarang alat rakaman dibawa masuk ke dewan kursus.

(4) Sebelum ini dan selepas ini tidak akan ada ucapan perasmian atau penutupan selain daripada pihak sekretariat.

* Pecat Lembaga Pengarah 1MDB : Terbongkar....Pemimpin UMNO Bahagian Didakwa Rakam Video Muhyiddin

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Satu lagi FEDLembu akan berlaku dan seorang lagi bakal akan menjadi Kambing berwarna kali ini atas kes 1MDB baru dua hari lepas seorang ahli koprat telah dikambing hitamkan atas kes Lembu sebelum pada itu dua orang anggota polis dikambing biri-birikan atas kes bunuh ALtantuya sebab komisyen Kapal selam dan banyak lagi kes-kes sebelum pada kes-kes sekarang bagitulah balasan Allah keatas pemimpin yang menzalimi rakyat yang tidak bersalah dan tidak berkemampuan membela dan bersuara Allahuakbar besarnya Kuasa Engkau menerima do'a dari hamba-hambu Mu yang dizalimi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.