Cari Blog Ini

Selepas Mat Sabu, Khalid Samad Pula Belasah Pro Ulama !


'Biarlah kalau nak baruakan saya'
[mk]- Pemimpin lantang PAS Khalid Samad berkata beliau rela dimaki susulan pandangannya berkaitan ucapan kontroversi menyentuh isu hudud oleh ketua anggota Parlimen DAP Lim Kit Siang baru-baru ini.

“Ya, saya tahu dan faham bahawa saya akan turut ‘dibaruakan’ atas sebab tulisan saya ini, Biarkan, Golongan yang tiada hujah akan menggunakan pendekatan caci maki.

“Biasalah, Kalau sudah akhlak mereka begitu, memang tidak mampu saya katakan apa-apa.

Namun bukan keredhaan mereka yang saya inginkan pun, maka ada saya kisah? ” katanya sambil menegaskan hanya Allah tempat mengadu.

Beliau hari ini mempertahankan ucapan Lim pada 10 Mei lalu di Kota Bahru yang didakwa menghina hudud dan Islam.

Menulis dalam blognya, Khalid menyifatkan apa yang berlaku sebagai budaya “Islam tanpa akhlak” dalam parti Islam itu.

“Kononnya wujudnya golongan 'Islam tanpa syariat' turut merupakan tuduhan melulu golongan “Islam tanpa akhlak”.

“Kalau akhlak yang asas pun tiada, jangan bersyarah mengenai syariat! ” katanya.

Politik musim pemilihan

Khalid juga mengaitkan serangan terhadap Lim itu dengan politik dalaman PAS ketika musim pemilihan pucuk kepimpinan parti.

“Maklumlah tahun pemilihan, Mungkin boleh dijatuhkan orang-orang tertentu dan menangkan yang tertentu, Ingin jatuhkan Timbalan Presiden atau Ketua Dewan Muslimat?

“Atau cuba tunjuk kononnya ‘hero’ sanggup sanggah DAP,” soalnya lagi.

Pemilihan PAS akan berlangsung awal bulan depan.

Pergi lebih jauh, Khalid membangkitkan persoalan sama ada terdapat usaha untuk mengeluarkan PAS daripada Pakatan dengan menanam kebencian terhadap parti rakan.

“Tidakkah mereka sedar bahawa melalui tuduhan 'DAP anti-Islam' mereka menjadi bagaikan suara Umno atau PERKASA dalam PAS?

“Mustahil tidak nampak implikasinya. Kecuali benar-benar buta politik!” katanya.


                                    Khalid Samad: Kit Siang tidak hina Islam

Tidak ada sebarang bukti menunjukkan pemimpin DAP, Lim Kit Siang menghina Islam ketika menyampaikan ucapannya dalam sebuah majlis ceramah di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad malah mencabar pihak tertentu yang berasa kurang senang dengan Kit Siang supaya menunjukkan bukti bagi mengukuhkan tuduhan mereka.

Menulis dalam blognya, Khalid berkata, ucapan Ketua Parlimen DAP itu di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini hanya menjelaskan pendirian parti itu dalam isu hudud, selain cuba mencari perdamaian.

Kata Khalid, sepanjang ucapan itu Kit Siang langsung tidak menyinggung kesucian Islam.

“Kalau dikatakan ada, maka amat diharapkan agar (pihak yang berkenaan) kemukakan bukti di perenggan mana dan ayat mana ia dilakukan,” katanya.

Beliau menegaskan, PAS sepatutnya berbangga apabila ada orang bukan Islam bercakap mengenai agama itu dan jika ada sebarang salah faham, ia sepatutnya ditegur dengan baik.

“Mungkin ada yang kita tidak setuju dengan kata-kata Kit Siang, khususnys berhubung percanggahan dari sudut perlembagaan.

“Tapi adakah perlu dia difitnah dengan menuduh beliau menghina Islam, umat Islam atau hudud?” soal Khalid, Kit Siang pada 14 Mei lalu menyatakan, pendirian DAP terhadap hudud tidak seharusnya dianggap anti-Islam.

Menurut Kit Siang, DAP ‘menentang’ hudud hanya kerana ia dilihat bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, Beliau juga mengakui DAP berusaha memahami isu hudud dengan menghantar rombongan ke negara Islam di Timur Tengah.

Kit Siang sendiri, katanya, sendiri membaca buku tulisan sarjana serta ulama Islam yang dihasilkan dalam isu hudud.

- Roketkini

Ulama PAS Berakhir Dalam Umno !

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

rasmi majlis separa bogel...xper
tglks buat fatwa kt KB...xper
semua xper...hudud sajer x bley

cucu mamak kutty berkata...

klu jenis manusia bodoh jgn le komen kat blog org,baik kau keje angkat najis dapat gaji,kenapa pakai nama anon,takde maruah ke

Tanpa Nama berkata...

memang amat malang jika orang islam menuduh lim kit siang tanpa membaca ucapan penuhnya. org tersebut lah yang telah menghina islam dan telah telah menjatuhkan kesucian islam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.