Cari Blog Ini

Selepas Lembaga Tabung Haji, Putrajaya Akan Menggunakan Wang Agensi Lain Untuk Menyelamatkan 1MDB ?


Selepas Tabung Haji, wang zakat pula untuk selamatkan 1MDB, soal PAS [gambar fail]
PAS mempersoalkan sama ada wang zakat pula akan digunakan bagi menyelamatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), selepas pengesahan Lembaga Tabung Haji hari ini membeli tanah daripada syarikat bermasalah milik kerajaan itu.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mempersoalkan, apakah selepas Lembaga Tabung Haji, Putrajaya akan menggunakan wang agensi lain untuk menyelamatkan 1MDB.

"Apakah Lembaga Zakat, KWSP, Felda ataupun Khazanah akan digunakan untuk membeli aset yang dijual oleh kerajaan kepada 1MDB dengan harga murah pada harga yang lebih tinggi?" soal Tuan Ibrahim Tuan Man ‎dalam kenyataannya hari ini.

Bagi Pesuruhjaya PAS Pahang itu, kebimbangan yang dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin sebelum ini sudah berlaku.

"Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu mengotakan janjinya yang lalu untuk memastikan Putrajaya tidak patut terlibat untuk menyelamatkan 1MDB," katanya.

Beliau memetik kata-kata Muhyidin tiga bulan lalu :

"Kerajaan juga akan menanggung kerugian jika penstrukturan semula 1MDB melibatkan penjualan tanah TRX (Tun Razak Exchange) dan Bandar Malaysia yang diperolehi pada harga yang rendah daripada kerajaan dan hasil penjualan digunakan untuk membayar hutang syarikat."

Tuan Ibrahim mempersoalkan sama ada "kebimbangan" Muhyiddin sudah direalisasikan, "Apakah beliau akan bertindak memihak kepada rakyat atau terus membisu seperti Najib?"

Ketua Pegawai Eksekutif TH hari ini mengakui lembaga itu membeli satu lot tanah di Tun Razak Ezchange (TRX) yang berharga RM188.5 juta, berpuluh kali ganda lebih tinggi dari harga yang dijual kerajaan kepada 1MDB.

"Dengan lubang RM42 bilion, 1MDB kini cuba mencairkan aset-aset yang diperolehinya untuk mendapatkan keuntungan.

"Dengan imej 1MDB yang sebegitu teruk sehingga gagalnya rancangan untuk IPO, siapakah lagi yang sanggup berurusan dengan mereka?" soal Tuan Ibrahim.

Kata Tuan Ibrahim, malangnya, penjual aset kepada 1MDB ialah kerajaan dan pembelinya pula ialah rakyat menerusi simpanan TH.

TH mengaku berurusan dengan 1MDB dalam pembelian tanah di TRX, iaitu salah satu projek pembangunan utama oleh 1MDB.

"Yang menyedihkan ialah gelagat Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Rahim yang menafikan dakwaan awal apabila berita itu terledak.

"Apakah wajar TH berurusan dengan 1MDB yang sudah terkenal dengan masalah hutangnya?

"Ini masalahnya apabila jawatan Pengerusi TH merupakan lantikan politik, dan lantaran itu, mereka hilang sikap berdikari dan terpaksa akur dengan bos politik mereka," katanya.

Menurutnya, perkara yang paling busuk dalam isu ini ialah, yang menjual tanah TRX kepada 1MDB pada harga yang paling rendah ialah kerajaan, dan yang membeli semula tanah ini pada harga yang sangat tinggi daripada 1MDB ialah rakyat melalui caruman di Tabung Haji.

"Ini model perniagaan mudah untuk 1MDB – bapa jual pada anak pada harga murah, lepas itu memaksa menantu beli pada harga tinggi, Ke mana duit untung ini akan berakhir di 1MDB?" katanya.

- The Malaysian Insider


PAS tuntut pengerusi Tabung Haji letak jawatan kerana ‘bail out’ 1MDB
PAS hari ini menuntut  Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim meletak jawatan selepas menafikan pembelian tanah milik syarikat bermasalah 1Malaysia Development Berhad, walaupun perkara itu disahkan lembaga itu hari ini.

Azeez dalam Twitter miliknya menafikan perkara tersebut.

Bagaimanapun, beliau mendakwa terdapat kesilapan komunikasi, selepas ketua pegawai eksekutif TH, Datuk Johan Abdullah mengesahkan pembelian tanah itu bernilai RM188.5 juta.

"Sebagai Pengerusi, beliau mengetahui butiran transaksi ini sepenuhnya kerana sudah tentu ia dibawa ke mesyuarat lembaga di mana beliau mempengerusikannya," kata Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa merujuk pendedahan beberapa blog mengenai pembelian tanah 1MDB bernilai RM772 juta.

"Jika beliau sudah mengetahuinya melalui mesyuarat lembaga Tabung Haji kenapa semalam ia menafikannya kecuali beliau mempunyai niat yang tidak baik.

Pemimpin seperti ini tidak layak mempengerusikan lembaga sebesar Tabung Haji yang menguruskan dana awam yang besar," katanya.

Husam turut menyatakan sebab-sebab beliau menggesa perletakan jawatan pengerusi TH itu.

Antaranya, beliau berkata 1MDB mendapat plot pertama dengan harga RM4 juta daripada kerajaan tetapi kini TH membelinya dengan harga RM188.5 juta.

"Persoalannya dari penjelasan Datuk Johan itu ialah 'harga pasaran' sebanyak RM188.5 juta adalah berpuluh kali ganda lebih tinggi dari harga asal yang diperoleh 1MDB.

"Isu 1MDB sendiri yang belum mendapat kelulusan penuh dari pelbagai pihak berkuasa atas lot yang dicadangkan dibeli oleh TH juga gagal dijelaskan," katanya.

Beliau mempersoalkan 1MDB yang sedang dibebani hutang itu dalam keadaan amat "tersepit" sehingga terpaksa melibatkan institusi kewangan negara untuk menyelamatkannya.

Terdahulu hari ini, Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari dalam kenyataannya berkata sebagai badan amanah menyimpan duit bakal haji, TH tidak sepatutnya terlibat dalam projek berisiko tinggi.

"Jika dakwaan ini benar, Datuk Azeez dan menteri yang mengendalikan LTH perlu meletakkan jawatan serta-merta," kata Zairil.

- The Malaysian Insider

* Kenapa Tabung Haji Beli Tanah Senyap-Senyap ? - Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.