Cari Blog Ini

"Saya Tak Akan Letak Jawatan Hanya Kerana Seorang Pemimpin Mahukan Demikian" - Najib



[mstar]- Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan sekali lagi yang beliau tidak akan sekali-kali meletakkan jawatannya hanya kerana mendapat desakan daripada seorang pemimpin yang inginkan beliau berbuat demikian.

Perdana Menteri berkata, beliau adalah pemimpin yang dipilih oleh rakyat dan juga ahli Umno.

“Adakah kerana seorang yang minta saya berbuat demikian (meletakkan jawatan) maka saya harus akur dan melepaskan jawatan?

Saya tidak akan berbuat demikian,” ujarnya di hadapan ribuan penyokong yang menanti ketibaannya di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di sini pada Sabtu.

Najib menyatakan demikian sebagai merujuk kepada desakan demi desakan yang dibuat oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar beliau segera melepaskan jawatannya ekoran isu yang melanda 1MDB.

Jelas Najib lagi, beliau tidak bersendirian dalam hal ini kerana Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah serta rakyat negeri Pahang turut menyokong perjuangannya.

“Tuanku sendiri menyokong saya...dari Istana sehingga kepada rakyat jelata.

Saya berasa sangat tersentuh dengan sokongan tuan-tuan dan puan-puan dan saya akan meneruskan perjuangan saya,” ujarnya.

Najib berkata, keyakinan dan sokongan ikhlas yang ditunjukkan rakyat memberikan semangat kepada beliau untuk terus berjuang walaupun mendapat tekanan daripada pihak tertentu sejak kebelakangan ini.

Menurut perdana menteri, hasil lawatan ke beberapa negeri baru-baru ini, beliau yakin rakyat akan terus berdiri teguh menyokong kepimpinannya bagi meneruskan agenda pembangunan negara yang masih belum selesai.

"Kita berkumpul hari ini (di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Kuantan) seramai 12,000 orang, malah 20,000 orang pun kita boleh kumpulkan,40,000 pun boleh, di Tawau kita kumpulkan 40,000 orang, manakala di Johor15,000 orang.

"Saya tahu angka bukan segalanya, tetapi saya dapat lihat keikhlasan tuan-tuan.

Kita menang kerana kita bermuafakat, apabila percaya kepada pemimpin, parti jadi kuat, tetapi apabila berbalah sesama sendiri, tuhan akan tarik kuasa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis Himpunan Solidariti 14 di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, di sini hari ini yang dihadiri olehlebih 12,000 orang daripada 14 bahagian Umno Pahang.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.