Cari Blog Ini

Samseng Di Sebalik Khidmat Pengawal Keselamatan


[mstar]- Penduduk di kawasan yang mempunyai kawalan keselamatan telah dipaksa untuk membayar wang perlindungan kepada pengawal keselamatan mereka.

Kebanyakan pengawal keselamatan ini sebenarnya tidak lebih daripada samseng yang berlindung di sebalik tugas menawarkan khidmat mengawal keselamatan atau mereka yang mempunyai kaitan dengan kumpulan samseng tertentu.

Mahu atau tidak, penduduk perlu membayar sejumlah wang untuk melindungi diri mereka sendiri daripada diganggu oleh anggota kumpulan samseng yang mempunyai kaitan dengan pengawal keselamatan yang diupah.

Perkara ini turut diakui oleh Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) yang berkata kebanyakan anggotanya syarikatnya disokong oleh kumpulan-kumpulan samseng.

Beberapa persatuan penduduk (RA) di Lembah Klang telah terperangkap dengan kumpulan yang mempunyai kaitan dengan samseng atau bekas banduan yang berkhidmat sebagai pengawal.

Beberapa RA yang memegang jawatan mendakwa mereka dipaksa untuk terus mengupah syarikat-syarikat ini selepas menerima ugutan bahawa samseng yang akan mencetuskan masalah jika perkhidmatan mereka ditamatkan.

Terdapat juga beberapa kes pergaduhan melibatkan kumpulan saingan yang bersaing untuk mendapatkan 'perniagaan' dalam bidang kawaalan keselamatan di kawasan perumahan.

Kes terbaharu melibatkan 'perang' di kalangan samseng di Bandar Bukit Raja, Klang menyebabkan seorang pengawal keselamatan mati dan enam yang lain cedera.

Seorang wakil RA, yang bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan, berkata banyak persatuan tertarik dengan syarikat-syarikat yang mempunyai kaitan dengan kumpulan samseng disebabkan kadar yang rendah.

"Mereka mengenakan bayaran kira-kira RM4 atau RM5 sejam. Tetapi kemudian mereka mendapati pengawal-pengawal yang ditugaskan tidak terlatih.

Ada yang datang bekerja dalam keadaan mabuk," katanya.

Seorang lagi anggota jawatankuasa RA mendakwa bahawa pergaduhan yang dicetuskan kumpulan ini telah menyebabkan pagar di pos pengawal keselamatannya rosak.

Seorang pengerusi RA berkata ketika kawasan kejiranannya dikawal oleh sebuah syarikat kumpulan yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan samseng, rumah-rumah mereka yang tidak membayar wang kepada mereka kerap dipecah masuk.

Veteran indusri keselamatan, yang mengendalikan beberapa kontrak RA di Lembah Klang, berkata pelanggannya mendapati sukar untuk menghapuskan pengawal yang mempunyai kaitan dengan kumpulan samseng terbabit.

"Seorang RA meminta saya untuk mengambil alih syarikat kawalan keselamatan dari geng tersebut tetapi saya enggan.

Tidak ada yang berani mengambil alih syarikat yang asalnya mempunyai kaitan dengan kumpulan tersebut, ia adalah sesuatu yang kita tidak mahu libatkan diri," katanya.

Beliau berkata kawasan kejiranan yang dikawal kumpulan ini telah meningkat di Klang, Rawang dan beberapa kawasan di Subang Jaya dan Lembah Subang, dengan bayaran kira-kira RM2,000 daripada setiap kawasan perumahan.

"Jika mereka menguasai banyak kawasan, keuntungannya adalah besar, Itulah sebabnya geng ini memperluaskan wilayah mereka dan akhirnya bergaduh dengan pesaing untuk membuat kawalan, " katanya.

Beliau berkata tidak ada cara tertentu untuk RA untuk memeriksa jika syarikat yang mendapat sokongan 'dalaman' atau tidak, kerana kebanyakannya beroperasi di bawah lesen syarikat keselamatan yang lebih besar.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.