Cari Blog Ini

Sabah Diceroboh : Mana Kapal Selam Malaysia ?


Di tengah pencerobohan, k'jaan kata Scorpene aset
[mk]- Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Malaysia membeli dua kapal selam Scorpene boleh membantu negara memastikan kawasan perairan selamat daripada pencerobohan.

"Kehadiran kapal selam dapat meningkatkan kawalan perairan dan kawasan berkepentingan negara demi memastikan kedaulatan Malaysia tidak dicerobohi," katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen.

Beliau mengulas soalan Tian Chua (PKR-Batu) yang bertanya mengenai sumbangan kapal selam Scorpene dalam menjaga keselamatan perairan Sabah dan Laut China Selatan.

Kenyataan beliau itu hadir sewaktu kesilapan keselamatan yang berterusan di Sabah yang menyebabkan berlakunya beberapa kes penculikan berganda sejak dua tahun lalu.

Insiden terbaru berlaku di Sandakan Khamis lalu, apabila indivdu bersenjata melancarkan serangan dan menyerbu sebuah restoran tepi pantai, menculik pemilik dan pelanggan.

Dalam jawapan bertulisnya, Hishammuddin berkata kapal selam itu juga berupaya mengumpul data perisikan di Laut China Selatan mahupun di perairan antarabangsa dan mengenalpasti kapal perang negara asing atau kapal dagang.

Katanya, semasa perang/konflik, kapal selam itu bertindak sebagai pertahanan Sea Line Of Communcation (SLOC) untuk memastikan laluan kapal dagang bebas dari ancaman musuh serta penghantaran logistik berjalan lancar.

"Selain itu, kapal selam merupakan gate keeper untuk menjaga laluan kapal di perairan negara serta berkeupyaan melancarkan serangan bagi mengetasi sebarang bentuk ancaman dari permukaan dan bawah permuakaan laut," katanya.

Berkaitan penyelenggaraan kapal selam, Hishammuddn berkata Malaysia membayar 194 juta Euro (RM778juta) bagi perolehan kontrak terus daripada Perancis, dan perolehan tempatan bernilai RM532juta.

"Nilai kontrak ini merangkumi selenggaraan ke atas kapal selam dan juga pembangunan infrastruktur, lat ganti dan pemindahan teknologi," katannya.

Pembelian dua kapal selam dari Perancis oleh Malaysia bernilai €1.08 bilion Euro pada 2009 telah mencetuskan kontroversi berhubung dakwaan pembayaran komisen.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.