Cari Blog Ini

Rosmah Lancar Laman Beb Permata, Berwajah Baharu



Laman web Program Permata kini berwajah baharu dengan dilengkapi ciri-ciri terkini termasuk video, perkongsian fail dan blog untuk capaian khalayak yang lebih ramai.

Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang juga penaung Program Permata berkata laman web itu, www.programpermata.my, boleh berfungsi sebagai saluran informasi kepada pengguna dengan lebih efektif.

Pembangunan laman web baharu itu merangkumi kesemua tujuh program Permata iaitu Permata Negara, Permata Pintar, Permata Seni, Permata Insan, Permata Kurnia, Perkasa@Remaja dan Hospital Kanak-Kanak Permata itu merupakan kerjasama antara Permata dan pasukan kreatif dari Universiti Limkokwing.

"Adalah diharapkan melalui laman web ini, perhubungan dan komunikasi antara Permata dengan khalayak menjadi lebih cepat dan memberikan kebaikan untuk dimanfaatkan pengguna.

"Laman web juga akan memberikan peluang kepada pelawat mengunjunginya tidak kira masa dan di mana sahaja tanpa sempadan," katanya semasa merasmikan laman web itu di Putrajaya, hari ini.

Rosmah juga berharap laman web itu tidak disalahgunakan sehingga menjadi saluran yang boleh membawa kemudaratan.

"Kebelakangan ini, terdapat segelintir masyarakat yang cenderung menggunakan (web) sebagai medium meluahkan rasa tidak puas hati hingga dikhuatiri boleh menimbulkan fitnah.

Saya percaya ia bukanlah cara terbaik kerana penyalahgunaan laman web secara tidak beretika tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi.

"Sebagai pengguna, sama-samalah kita memastikan ia digunakan bagi membantu kita mendapat maklumat untuk kebaikan bersama," katanya.

Dalam pada itu, Rosmah berkata Permata sedang membina Pusat Permata Kurnia untuk kanak-kanak autisme yang akan beroperasi pada Oktober tahun ini dan Hospital Pakar Kanak-Kanak yang dijangka siap pada 2017.

Program Permata yang memasuki lapan tahun pelaksanaannya, merupakan cetusan idea Rosmah bagi memastikan setiap anak diberikan peluang pelajaran yang terbaik agar mereka dapat menyumbang sebagai modal insan negara.

Setiap satu program Permata diperincikan dengan teliti pelaksanaannya termasuk mengambil kira pelbagai aspek seperti peringkat umur, kebolehan, keupayaan, kelainan dan bakat semulajadi yang ada pada setiap kanak-kanak.

- Bernama

1 ulasan:

KATIMAN SURABAYA berkata...

saya mengucapkan banyak terimakasih kepada MBAH WITJAKSONO yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama MBAH WITJAKSONO dengan senang hati MBAH WITJAKSONO mau membantu saya..,ALHAMDULILLAH nomor yang dikasih semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungi jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi MBAH WITJAKSONO DI 0852_2223_1459. ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinga
KLIK=>>> BOCORAN TOTO MALAYSIA 2D 3D 4D 5D 6D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.