Cari Blog Ini

Rakyat Malaysia Hentam Najib Di Facebook, Desak Letak Jawatan



[kd]- ‘Ego setinggi Gunung Kinabalu’. Itu antara luahan geram rakyat Malaysia terhadap Datuk Seri Najib Razak dalam berdepan kritikan dan keenggananya  meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

Semalam, presiden Umno itu memuatnaik status di laman sosial Facebook dan dengan yakin mengatakan beliau diberi mandat oleh rakyat dan tidak akan tunduk kepada tekanan untuk berundur.

Malangnya, kebanyakan orang memberi komen negatif di laman sosial beliau. Rata-rata mereka meminta Najib bertanggungjawab terhadap pelbagai skandal rasuah yang menyelimuti pentadbirannya, selain  dasar yang membebankan rakyat.

Salah seorangnya, Ruzaidan Eden, yang mendakwa penyokong Umno turut meminta Najib berundur dan memberikan jawatan tersebut kepada orang lain.

“Dato Seri.. mohon berundur dengan terhormat.. lepaskan jawatan PM.. Berilah Peluang pada yang lain pulak.. saya penyokong setia Umno.. saya tak sanggup lagi lihat orang Umno semakin ramai beralih arah.. berundur ada kalanya bagus dari berdepan,” katanya.

Selain itu, Alex Love Sune pula memberi komen “Kalau dah tau banyak tohmahan dan kritikan terhadap kepimpinan kamu, berundurlah…It’s mean ramai rakyat yang dah tak suka dengan kepimpinan kamu,” katanya.


Ada pula yang menggagap keegoan ‘Najib setinggi gunung Kinabalu’ kerana enggan meletakkan jawatan meskipun majoriti rakyat mahu beliau berbuat demikian.

“Tingginya ego mu Najib kalah gunung Kinabalu, tak sedar-sedar lagi yang kebanyakan rakyat semakin ramai bersuara.. Tak lama lagi tu jatuh la zaman kepimpinan mu Najib,” kata pengguna Facebook, Shani Ahmad.

Fakhrulz Zaman pula memberi komen ringkasnya, “Silap pilih orang jadi PM, Sekarang kami sedar yang DS tak layak jadi PM,” katanya.

Aman Zainudin pula berkata, “letak je jawatan Najib, lalu ke kau kena sumpah seranah, kena caci maki dengan rakyat.. hidup tak akan aman .. rakyat dah banyak terseksa atas perbuatan yang kau lakukan,”.

Mohd Tajudin Panjang II, pula meluahkan bebanan yang dirasai rakyat dan kebimbangan negara akan punah di tangan pemimpin yang rasuah.

Saya bukan apa.. cuma pelik.. dah negara macam ni.. ada lagi orang nak sokong.. nak tengok ke negara kita punah jahanam dek korupsi…?? 

Berapa sangat kita dapat.. berbaloi ke negara kita macam hari ini.. ringgit jatuh.. rakyat mnderita.. tak kesian ke orang-orang miskin.. susah.. orang kampung macam kami ini,” jelasnya.

Status yang ditulis Najib berbunyi “Saya sedar akan tohmahan dan kritikan yang dilemparkan ke arah kepimpinan kini. 

Mandat yang diberikan kepada saya adalah melalui proses demokrasi dan ditentukan oleh rakyat serta anggota UMNO seluruh negara. Setiap pemimpin menghadapi cabaran berbeza, tidak terkecuali saya. 

Saya tidak akan tunduk kepada sebarang tekanan. At the end of the day, this struggle is not about me, it is for the nation’

Dalam satu majlis pada 10 Mei lalu, Najib berkata selagi rakyat menyokong beliau menerajui kepimpinan negara dan anggota Umno terus teguh menyokongnya, maka beliau tidak akan berganjak daripada jawatan disandangnya sekarang.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.