Cari Blog Ini

Rakyat Di Negara Ini Bakal Berdepan Dengan Kemungkinan Kenaikan Harga Minyak Mendadak Bulan Depan !


Harga minyak mungkin naik bulan depan
[sinar]- Rakyat di negara ini bakal berdepan dengan kemungkinan kenaikan harga minyak mendadak menjelang bulan depan.

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kemungkinan tersebut boleh berlaku sekiranya harga pasaran bagi minyak terus naik hingga ke bulan depan.                                 

“Kalau mahu ringankan beban rakyat, sepatutnya minyak tidak dinaikkan, Rakyat sekarang sudah cukup terbeban dengan GST, ditambah lagi dengan masalah kenaikan harga minyak, ia sudah pasti merunsingkan rakyat.

“Kerajaan umum kekal harga minyak buat masa sekarang mungkin juga takut dengan penangan himpunan #batalGST,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Harga runcit petrol RON95 dan RON97 serta diesel bagi Mei 2015 akan kekal pada paras semasa, menurut jurucakap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
 
Harga tidak berubah bagi bulan ketiga berturut-turut, dengan petrol RON95 kekal pada RM1.95 seliter, RON97 pada RM2.25 seliter dan diesel pada RM1.95 seliter.

[ARTIKEL BERKAITAN: Harga minyak kekal bagi Mei]

Menurut Nik Nazmi lagi, kerajaan sepatutnya memperkenalkan sistem apungan terkawal secara harian atau bulanan bagi membantu rakyat mengatasi beban kenaikan harga minyak.

“Kalau betul kerajaan mahu buat sistem apungan, ia sepatutnya dibuat secara harian atau secara bulanan.
“Sebab sekiranya sistem tersebut dibuat secara bulanan, kerajaan masih mengaut keuntungan cukai dari rakyat,” katanya lagi.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jika bukan krn prk p pauh dan rompin, harga minyak dah naik bulan mei ni. jadi lepas prk nanti tunggulah hadiah dr kerajaan, terutama yg undi bn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.