Cari Blog Ini

Ponteng Parlimen, Najib Patut Transformasi Diri



Rekod buruk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghadiri Dewan Rakyat antara sebab usaha transformasi negara tidak mungkin berjaya, kata Ahli Parlimen Kota Kinabalu Jimmy Wong Sze Pin.

“Bagaimana Najib mahu mentransformasikan Malaysia sedangkan beliau sendiri bersikap ‘tidak membangun’,” katanya dalam kenyataan.

Kata Jimmy, kehadiran Najib ke Parlimen boleh dikira dengan jari dan hanya di acara tertentu seperti perbentangan belanjawan serta perbentangan Rancangan Malaysia (RMK).

“Dalam tahun pertama saya dipilih sebagai Ahli Parlimen, saya hanya melihat beliau hadir ke Parlimen bagi dua majlis saja iaitu semasa pembukaan sidang dewan di awal tahun dan semasa akhir tahun untuk membentangkan belanjawan,” ujarnya.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Bakri Er Teck Hwa mendedahkan dalam tempoh enam tahun, iaitu 368 hari persidangan Dewan Rakyat, Najib hanya hadir sebanyak 26 kali, atau 7% dari keseluruhan jumlah hari persidangan.

Jimmy yang juga Pengerusi DAP Sabah berkata, prestasi buruk Najib sebagai ketua kerajaan amat memalukan.

“Sudah tentu, dengan rekod kehadiran buruk Najib ke Parlimen, niat Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk melaksanakan konsep Prime Minister’s Question akan bertambah payah.

“Jika Najib tidak boleh melaksanakan tugasnya dengan baik untuk membincangkan isu-isu nasional di Parlimen, bagaimana kita boleh berharap beliau memahami masalah rakyat?” soal Jimmy.

- Roketkini

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.