Cari Blog Ini

PNB Nafi Terlibat Pembelian Sukuk 1MDB, Siapa Beli Sukuk 1MDB ?


Siapa beli sukuk 1MDB, soal PAS
Selepas Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini menafikan pembelian sukuk syarikat pelaburan strategik Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), PAS kini membangkitkan persoalan siapa sebenarnya pembeli sukuk bernilai RM579.2 juta 1MDB seperti didakwa Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli sebelum ini.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut mempersoalkan di mana dana RM1.5 bilion yang dikeluarkan hasil jualan sukuk oleh 1MDB, yang mana RM920.8 juta disahkan pembeliannya oleh Lembaga Tabung Haji pada Februari 2014.

"Selepas penafian PNB, jadi siapa sebenarnya yang membeli Sukuk 1MDB? Dua hari lepas, Tabung Haji mengaku membeli sukuk Bandar Malaysia terbitan 1MDB sebanyak RM920.8 juta pada Februari 2014.

"Permodalan Nasional Bhd (PNB) hari ini menafikan dakwaan ia terlibat dalam pembelian sukuk keluaran 1MDB bernilai RM1.5 bilion, jadi, siapa sebenarnya membeli sukuk 1MDB atau dalam erti kata meminjam duit kepada 1MDB?

Apakah ia satu lagi badan berkanun kerajaan atau pihak asing?" soal Tuan Ibrahim dalam satu kenyataannya hari ini.

"Namun persoalannya mudah, ialah di manakah duit RM1.5 bilion ini hasil jualan sukuk ini sekarang?"

Rafizi semalam mendedahkan, memandangkan Tabung Haji mengaku membeli sukuk bernilai RM920.8 juta, ia bermakna PNB "meminjamkan" wang kepada 1MDB melalui pembelian selebihnya, iaitu RM579.2 juta.

Akhbar The Star sebelum ini turut melaporkan 1MDB mengeluarkan sukuk bernilai RM1.5 bilion tahun lepas kepada PNB dan Tabung Haji.

"Begitu juga dengan duit hutang RM3.5 bilion yang dipinjam daripada 6 bank yang diketuai Deutsche Bank, di manakah duit RM3.5 bilion ini sekarang?" soal Tuan Ibrahim.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu berkata, tidak dinafikan banyak perkara yang di dalam 1MDB menimbulkan seribu satu persoalan dan transaksi melibatkan 1MDB amat merumitkan.

"Tetapi segalanya itu boleh dirangkum dalam satu persoalan yang mudah – di manakah duit 1MDB sebanyak RM42 bilion yang dipinjam daripada merata tempat ini sekarang kerana Bandar Malaysia dan Tun Razak Exchange (TRX) yang diwar-warkan masih jauh daripada direalisaikan?" soalnya.

PNB hari ini menafikan dakwaan terlibat dalam pembelian sukuk keluaran 1MDB  bernilai RM1.5 bilion.

"PNB juga tidak menerima sebarang tawaran daripada 1MDB," kata pengurus aset terbesar negara itu dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, Tuan Ibrahim juga mempersoalkan status suntikan oleh Putrajaya dalam bentuk “standby credit” RM950 juta ke dalam 1MDB yang diperakui Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah pada Mac 2015.

"Di manakah duit RM950 juta itu sekarang? Bagaimana pula dengan duit untung RM188.5 juta yang diperolehi daripada penjualan tanah TRX kepada Tabung Haji baru-baru ini? Di manakah duit ini sekarang?" soalnya.

"Diharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku Penasihat 1MDB boleh menjawab persoalan ini," katanya.

The Malaysian Insider

 
                          PNB nafi terlibat pembelian sukuk RM579 juta 1MDB

Permodalan Nasional Bhd (PNB) hari ini menafikan dakwaan ia terlibat dalam pembelian sukuk keluaran 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai RM1.5 bilion.

"PNB juga tidak menerima sebarang tawaran daripada 1MDB," kata pengurus aset terbesar negara itu dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata memandangkan Lembaga Tabung Haji mengaku membeli sukuk bernilai RM920.8 juta, ia bermakna PNB meminjamkan" wang kepada 1MDB melalui pembelian selebihnya, iaitu RM579.2 juta.

Akhbar The Star sebelum ini melaporkan 1MDB mengeluarkan sukuk bernilai RM1.5 bilion tahun lepas kepada PNB dan Tabung Haji.

Dalam reaksinya, Rafizi hari ini mempersoalkan kelewatan PNB menafikan pembelian sukuk itu, walaupun dilaporkan The Star pada Mac 2014.

"Sekiranya tidak pernah ada rundingan atau PNB tidak pernah membeli bon sukuk tersebut, apakah PNB pernah membuat penafian pantas sejurus selepas laporan oleh akhbar The Star itu disiarkan tahun lepas?

"Jika PNB tidak pernah membuat penafian pantas tahun lalu sekitar tarikh laporan itu disiarkan, kenapa penafian itu baru dibuat sekarang pada kala kesedaran rakyat mengenai masalah 1MDB semakin tinggi?" soal Rafizi.

Rafizi, yang mengucapkan terima kasih kepada PNB kerana "meredakan kebimbangan penabung" mengenai penglibatan PNB dalam 1MDB, yang kini dibebani hutang mencecah RM42 bilion, berkata sudah tiba masa keterlibatan dana awam dalam 1MDB itu disiasat.

"Adalah lebih baik sekiranya kebimbangan yang ditimbulkan dibuktikan tidak benar dengan penafian dari dana-dana awam ini kerana sehingga kini tiada ketelusan dalam semua urusniaga melibatkan 1MDB," katanya.

1 ulasan:

Miss Vee berkata...

This Is What Women Really Want !!
>>> KLIK HERE !! <<<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.