Cari Blog Ini

Penyokong Umno Terpaku Layanan Datuk Seri Dr Wan Azizah Pada Media


Wawi lagi[kd]- Ketibaan calon KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk membuang undi di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti dekat Kubang Semang pagi ini menggamatkan suasana Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.

Wan Azizah yang hadir pada 8.30 pagi bukan sahaja disambut pengundi, tetapi juga petugas media.

Suasana bertukar gamat sebaik beliau masuk di bilik mengundi di blok B bangunan sekolah itu, lantas jurugambar cuba mendapatkan sudut terbaik untuk merakam foto Presiden KEADILAN itu dengan meminta beliau memandang ke arah mereka.

Selepas selesai membuang undi, Wan Azizah sekali lagi diserbu media sebaik keluar dari bilik saluran mengundi.

“Belum habis lagi ke? Nak saya berdiri dekat mana pulak, cukuplah tu,” selorohnya kepada jurugambar yang tidak putus meminta beliau memberi kerjasama bagi merakamkan gambar terbaiknya.

Kemesraan yang dipamerkan Wan Azizah kepada pihak media menyuntik semangat mereka yang ternyata keletihan setelah berkampung hampir setengah bulan di Permatang Pauh.

Keluar dari pusat mengundi, Wan Azizah berjalan beberapa meter bagi memberikan penghargaannya kepada penyokong yang berhimpun di tepi jalan.

Sementara penyokong Umno yang berada di hadapan penyokong Pakatan Rakyat tiba-tiba terdiam dan kelihatan mencuri pandang tokoh Ibu Reformasi itu.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.