Cari Blog Ini

Penyokong BN Mengganas Baling Kerusi Dan Botol Takutkan Pengundi Warga Emas, OKU


Baling

Suasana di pusat mengundi Sekolah Menengah Guar Perahu sekali lagi bertukar kecoh apabila penyokong BN bertindak agresif dengan membaling botol air dan kerusi plastik, sebentar tadi.

Kekecohan tersebut telah menakutkan para pengundi yang hadir untuk membuang undi terutamanya warga emas serta golongan kurang upaya.

Walaubagaimanapun, keadaan huru-hara selama lebih lima minit itu berjaya diakhiri dengan tindakan segera anggota keselamatan.

Akibat dari kekecohan dan provokasi kotor tersebut, keadaan lalu lintas yang sedia sesak menjadi bertambah sesak dari Guar Perahu ke Penanti.

- Roketkini


guar-perahu
Guar Perahu kecoh, penyokong UMNO-BN langgar peraturan
Berlaku sedikit kekecohan tadi di Guar Perahu apabila penyokong UMNO-BN melanggar peraturan dengan berdiri terlalu hampir, kurang 50 meter daripada pusat pengundian.

Tindakan tersebut menimbulkan kemarahan orang ramai, namun malangnya petugas SPR seolah-olah tidak mengendahkannya, hingga menyebabkan pertikaman lidah dan nyaris insiden kekasaran berlaku.

Salah seorang daripada penyokong BN tersebut turut menjerit dengan kata-kata sebegini :-

“Apa kuasa kamu ada nak suruh kami beredar?, kata penyokong UMNO-BN.

Seorang penyokong PKR yang tidak tahan dengan perilaku bongkak penyokong BN itu lantas meluru kearah mereka.

Pegawai polis terpaksa campur tangan dan memisahkan kedua-dua penyokon PKR dan BN yang seramai lebih 100 orang itu.

Selepas lima minit perbincangan dengan polis, penyokong BN akhirnya bersetuju untuk besurai, SMK Guar Perahu adalah salah satu daripada 25 pusat mengundi di Parlimen Permatang Pauh.

Seramai 71,252 pengundi Permatang Pauh hari ini akan mengundi untuk menentukan siapa yang akan membawa suara mereka di Parlimen.

- Roketkini

                   

                   

                   

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.