Cari Blog Ini

Pengundi Hantu Dikesan, Kini Berlegar-Legar Di Permatang Pauh ?


pengundi hantu

[kd]- Berbaki kurang 24 jam sebelum proses pengundian dijalankan, Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan wujudnya taktik kotor yang dimainkan Umno Barisan Nasional bagi memenangkan calon mereka dalam PRK kali ini.

Kata Rafizi, beliau menerima aduan daripada penduduk sekitar Permatang Pauh di Apartment Permata jam 11 pagi tadi bahawa, penduduk di kawasan ini menerima slip pengundi yang dihantarkan petugas Umno ke alamat rumah mereka.

Lebih memeranjatkan kata Rafizi, nama yang tertera pada slip pengundi itu bukanlah nama penduduk kawasan berkenaan dan turut meragui kewujudannya.

Malah, penduduk turut mendakwa mereka tidak mengenali nama yang tertera pada slip berkenaan.

                   

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.