Cari Blog Ini

Pengendali FMC Bukan Ahli Puteri UMNO - Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin


Mas Ermieyati menafikan

[fmt]- Pergerakan Puteri UMNO menyangkal dakwaan mempunyai kaitan dengan pengendali laman Familia Myvi Club (FMC) yang dikenali sebagai Yana.

Penafian itu dibuat Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Berikutan dakwaan itu, beliau meminta pihak berkuasa agar segera menyiasat dalang di belakang laman berkenaan yang dilihat telah memburuk-burukkan nama Puteri UMNO sekali gus cuba menyembunyikan perbuatan jahat mereka.

“Saya sudah merujuk nama pengendali laman berkenaan dan mendapati tidak mempunyai rekod di dalam senarai ahli Puteri UMNO Gombak seperti yang didakwa.

“Malah, wajah dipaparkan yang mendakwa sebagai pengendali laman itu turut tidak dicam ahli Puteri UMNO Gombak sendiri.

Saya memberi amaran kepada mana-mana ahli FMC yang terlibat di dalam insiden Sabtu lalu agar segera tampil dan memberi kerjasama demi menyelesaikan isu ini.

“Beberapa dakwaan yang mengatakan mereka dilindungi orang dalam juga seharusnya disiasat selain diambil tindakan sewajarnya,” katanya yang dipetik dari Utusan Malaysia Online.

Menurut Ahli Parlimen Masjid Tanah itu, tindakan mengheret nama Puteri UMNO dilihat sebagai usaha pihak tidak bertanggungjawab itu menyelamatkan diri.

Menurut Mas Ermieyati berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dalam isu berkenaan kerana mahukan keadilan serta pembelaan terhadap keluarga mangsa.


                               90 peratus kertas siasatan Nahas DUKE siap

Siasatan terhadap kes kemalangan yang membabitkan tiga kematian di Lebuhraya DUKE awal pagi Sabtu lalu sudah 90 peratus siap.

Ketua Trafik Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Mohd Fuad Abd Latiff berkata, siasatan dijalankan daripada pelbagai sudut dengan mengambil kira bagaimana pelanggaran berlaku serta mengenal pasti beberapa individu yang dipercayai menjadi punca kemalangan.

Beliau juga berkata pembabitan Institut Penyelidikan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dalam siasatan polis juga tidak diperlukan kerana peranan badan itu adalah untuk menjalankan penyelidikan dalam aspek keselamatan jalan raya.

“Saya terpanggil untuk merujuk kenyataan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi yang menyatakan terdapat banyak pihak mempertikaikan kemalangan antara dua kereta Perodua MyVi dengan pacuan empat roda model Pajero Sports.

“Ingin dijelaskan, rata-rata di media sosial, isu hanya mempertikaikan mengenai kegiatan kereta berlumba dengan kelajuan yang tinggi sehingga menyebabkan kemalangan maut itu,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, Mohd Fuad berharap orang ramai tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan spekulasi negatif sehingga membangkitkan ketidakpuasan hati masyarakat terhadap PDRM.

Pada Isnin, Abdul Aziz berkata MIROS akan bekerjasama dengan polis bagi membantu siasatan berhubung nahas di Lebuhraya DUKE itu.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 1.05 pagi Sabtu, sepasang suami isteri dan bayi perempuan mereka berusia tujuh bulan maut dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Km 6.2 Lebuhraya DUKE dari arah Ulu Klang menghala Jalan Duta.

Mereka ialah Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 25, dan bayi mereka Nur Firuza Annisa.

                         

1 ulasan:

Blogger berkata...

+$3,624 profit last week...

Get 5 Star verified winning bets on MLB, NHL, NBA & NFL + Anti-Vegas Smart Money Signals...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.