Cari Blog Ini

Pemilihan Muktamar Tahunan PAS Ke-61 : Pro Ulama vs Pro Profesional


Tuan Ibrahim sah cabar jawatan Timbalan Presiden PAS

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan keputusannya untuk mencabar jawatan Timbalan Presiden parti pada pemilihan yang akan berlangsung awal bulan depan.

Keputusan itu menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang dengan penyandang, Mohamad Sabu yang sudah mengesahkan keputusannya untuk mempertahankan jawatan itu.

Tuan Ibrahim sebelum ini turut dicalonkan bagi jawatan Presiden PAS oleh PAS Kawasan Kota Bharu, namun menolak pencalonan terbabit dan menyokong kepemimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Setelah meneliti jumlah pencalonan yang diterima dan demi meraikan PAS kawasan yang mencalonkan saya, maka saya akur dan dengan rendah diri menerima pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden PAS dalam Muktamar PAS ke 61.

"Atas dokongan kalian, saya bersedia menggalas amanah yang berat ini bersama-sama kalian sekiranya diberi peluang oleh perwakilan di Muktamar PAS ke 61 untuk membawa PAS ke persada yang lebih tinggi," katanya menerusi akaun sosial Facebooknya sebentar tadi.

Tuan Ibrahim juga turut dicalonkan bagi mempertahankan kerusi Naib Presiden bersama sembilan lagi calon lain.


Mat Sabu akan pertahan jawatan timbalan presiden PAS

Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu sedia mempertahankan jawatannya walaupun ketinggalan jauh dalam pencalonan untuk jawatan itu di belakang pencabarnya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Saya bersedia untuk kekal berkhidmat sebagai timbalan presiden PAS jika terus diberi kepercayaan oleh perwakilan dalam Muktamar Agung PAS ke-61 akan datang," kata Mohamad yang lebih dikenali Mat Sabu dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad hanya mendapat 12 pencalonan daripada kawasan PAS di seluruh negara berbanding Tuan Ibrahim yang mendapat 94 pencalonan.

Turut mendapat pencalonan untuk jawatan itu adalah Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah dan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa.

Mohamad menolak beliau bertembung dengan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagaimana yang disasarkan kepada beliau oleh saingannya bahkan akan membantunya.

"Insyaa Allah, saya akan terus membantu presiden dan parti terutama dalam usaha melebarkan pengaruh PAS di kalangan orang awam, bukan Islam, badan bukan kerajaan (NGO) serta pelajar," katanya.

Mohamad turut menekankan keperluan PAS untuk mendapat sokongan daripada orang bukan Islam di negara ini.

"Kita perlu akur, selama lebih 60 tahun PAS berada di persada politik Malaysia, sokongan orang Islam kepada PAS masih di bawah paras 50%, oleh sebab itu usaha yang berterusan perlu dilipat gandakan, disamping itu PAS amat perlu melebarkan pengaruhnya kepada masyarakat bukan Islam dan rakyat awam," katanya.

Namun, katanya, perlu difahami, untuk mempertahankan dasar PAS dan matlamatnya serta dalam masa yang sama berusaha melebarkan pengaruh kepada semua kaum dan agama, adalah kerja yang mencabar.

"Tapi kita perlu yakin dengan kesabaran dan ketekunan kita, Insya Allah, kita akan meraih hasilannya," katanya.



NIK MOHAMAD ABDUHNik Abduh tanding Ketua Pemuda Pas

AJK Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengumumkan bakal kembali ke Dewan Pemuda Pas untuk merebut jawatan Ketua Pemuda dalam pemilihan Muktamar Pas ke-61, awal bulan depan.

Menurutnya, keputusan menerima pencalonan bagi jawatan itu dibuat selepas mendapat pandangan rakan-rakannya serta melihat suasana politik Islam parti itu muktahir ini.

"Saya telah memperoleh pencalonan untuk posisi AJK Pas Pusat dan sebagai Ketua Pemuda Pas.

"Setelah beberapa ketika menilai pandangan daripada rakan-rakan seperjuangan selain menekuni beberapa faktor yang mewarnai iklim perjuangan politik Islam Pas hari ini, saya dengan ini selepas mengumpul kembali kekuatan jiwa kepemudaan, dengan rendah diri menerima pencalonan untuk posisi Ketua Pemuda Pas.

"Semoga ALLAH memberkati keikhlasan perjuangan ahli-ahli Pas dengan kepimpinan parti yang bertaqwa dan berilmu, Selamat bermuktamar," katanya melalui kemaskini status di Facebook, hari ini.

Setakat ini, hanya penyandangnya, Suhaizan Kaiat dan Nik Abduh yang mengumumkan untuk bertanding bagi merebut jawatan tersebut.

Suhaizan dijangka mengumumkan hasrat mempertahankan jawatan tidak lama lagi, Beliau belum mengumumkan secara terbuka kesediaan berentap untuk jawatan nombor satu dalam sayap kanan PAS itu.

Manakala Timbalan Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi semalam mengumumkan hanya akan mempertahankan jawatannya sekarang dan ‎Ketua Pemuda Pas Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob masih belum mengumumkan menerima atau menolak pencalonan tersebut.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.