Cari Blog Ini

Peletakan Jawatan : Akhirnya Pandikar Amin Akui


Sidang Media Tergempar
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengadakan sidang media menjelaskan isu peletakan jawatannya di kediaman rasminya di Kuala Lumpur, hari ini
                                   Pandikar akui memang mahu letak jawatan

[sinar]- Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin mengakui berhajat untuk meletakkan jawatan dan pernah menyuarakan hasrat itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pertemuan pada 19 Mac lalu.

Dalam sidang media hari ini, Pandikar berkata, beliau turut menyerahkan surat peletakan jawatannya bertarikh 18 Mac kepada Najib.

Katanya, hasrat sama pernah disuarakan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad ketika mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri itu pada 13 Mac.

Bagaimanapun, menurut beliau, Najib enggan menerima surat peletakan jawatan tersebut, "Beliau tidak baca surat itu, apatah lagi pegang atau lihat pun tidak mahu.

"Sebaliknya beliau tanya apa masalah dan mahu saya beri penjelasan mengapa saya mahu letak jawatan," katanya, Sidang media ini telah mengundang pelbagai spekulasi berhubung isu peletakan jawatan beliau yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pandikar telah malukan saya, kata Tun M]

Bagaimanapun, kenyataan Dr Mahathir itu telah dinafikan oleh beliau sendiri semalam.

                   

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.