Cari Blog Ini

Pecat Lembaga Pengarah 1MDB : Terbongkar....Pemimpin UMNO Bahagian Didakwa Rakam Video Muhyiddin


UMNO, Muhyiddin, recording

[fmt]- Seorang pemimpin UMNO peringkat Bahagian di Wilayah Persekutuan dipercayai individu yang terlibat merakam ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggesa semua Ahli Lembaga Pengarah 1MDB dipecat.

Beberapa blog telah menyiarkan nama dan gambar individu terbabit yang memegang jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian.

Dia dipercayai merakam ucapan Muhyiddin dalam perjumpaan tertutup dengan ahli parti yang telah diadakan beberapa hari lalu, menggunakan telefon bimbit.

Rakaman video yang tersebar pada Khamis itu mengandungi gesaanm Muhyiddin supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memecat semua Ahli Lembaga Pengarah 1MDB.

Gesaan itu bagi memastikan isu itu tidak menjadi beban kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk terus berkuasa selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Susulan penyebaran video itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahidi Hamidi mengarahkan siasatan dijalankan untuk mengenal pasti pihak-pihak yang terlibat merakam dan menyebar video itu.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.