Cari Blog Ini

Pecat Lembaga Pengarah 1MDB : Selepas Umno Cheras Sokong Muhyiddin, Giliran Datuk Abdul Rahman Dahlan Pula Sokong Muhyiddin


rosli,muhyiddin
Rahman Dahlan sokong Muhyiddin pecat Lembaga Pengarah 1MDB
[fmt]- Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan mempertahan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya semua Ahli Lembaga Pengarah 1MDB dipecat bagi memulihkan keyakinan rakyat kepada kerajaan.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yakin penyingkiran serta-merta Ketua Pegawai Eksekutif dan Ahli Lembaga Pengarah 1MDB dapat meredakan kebimbangan orang ramai mengenai skandal itu.

“Namun, saya tidak pasti bahawa jika keputusan itu akan membantu mempercepatkan usaha untuk perolehi kebenaran yang sebenar,” katanya.

Abdul Rahman bagaimanapun berkata, tindakan memecat pemecatan itu haruslah menjadi pilihan kedua kerana Ketua Pegawai Eksekutif dan Ahli Lembaga Pengarah 1MDB telah menyatakan persetujuan untuk memberi keterangan kepada Ketua Audit Negara.

Bahkan, mereka juga sedia untuk membantu Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menjalankan siasatan.

“Ketua Pegawai Eksekutif, Arul Kanda Kandasamy hanya dilantik beberapa bulan yang lalu.

Beliau tidak terlibat dalam kontroversi syarikat 1MDB yang sering diperkatakan, dan ia terjadi sebelum beliau menyertai organisasi 1MDB.

“Saya tidak tahu bagaimana pemecatannya boleh menyumbang dalam usaha untuk mencari kebenaran,” katanya.

1MDB : Umno Cheras Sokong Muhyiddin, Tak Sokong Najib !

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.