Cari Blog Ini

PAS Tetap Perjuang Islam, Tidak Pernah Berubah - Mat Sabu



Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menegaskan, Pas tetap dengan dasar Islamnya yang tidak pernah berubah dari dahulu, sama ada berkawan atau tidak dengan DAP.

“Pas tetap mengekalkan dasar Islam  dalam perlembagaannya, (yang mana) matlamatnya ialah sehingga terlaksananya syariat yang diredai oleh ALLAH SWT.

Ini pegangan kita, perubahan perlembagaan dari masa ke masa hanya dari sudut pentadbiran bukan soal dasar,” katanya dalam ceramahnya.

Dalam keadaan PR kadang kala dilihat tidak sehaluan, Mohamad mengingatkan semua pihak dalam pakatan pembangkang supaya tidak melupakan amanat Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya tidak terus bersengketa di saat mempunyai peluang untuk menewaskan musuh.

“Ingat pesan Tok Guru sebelum adanya lagi PR, Tok Guru kata kekuatan Umno terletak pada tongkatnya (MCA dan MIC), pesannya kita patahkan tongkat itu, rebahlah Umno.

“Sekarang orang Cina, orang India tidak mahu lagi mengundi BN yang mana ertinya tongkat tersebut telah patah.

Janganlah dalam Umno hendak rebah, kita  beri tongkat baru pada dia,” katanya ketika dalam Ceramah Perdana Kukuhkan Pakatan Hancurkan Barisan di sini.

Dalam pada itu, kata Mohamad, mana-mana parti dalam pakatan tidak boleh bersendirian dan perlu bersatu jika ingin berkuasa.

Menurut beliau, dalam apa hal sekalipun termasuk isu hudud yang dilihat jadi punca masalah dalam PR, ia sebenarnya masih boleh dibincangkan.

"Untuk mencapai kejayaan merealisasikan impian menguasai negara, kita memerlukan permuafakatan Pas, DAP dan PKR. Tidak boleh Pas bersendirian, Pas bersendirian tidak boleh ambil alih negeri (Kelantan).

Nak dapatkan lonjakan, kena ada kerjasama dengan Semangat 46 (mencontohi sejarah ketika itu).

“Begitu jugalah dengan Terengganu, nak dapat balik, kena kerjasama dengan Barisan Alternatif.

(Perumpamaan) nak ambil (perintah) Malaysia pun DAP tidak boleh sendirian , Pas bersendirian pun tak boleh, PKR bersendirian pun tidak boleh,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, dalam soal persetujuan berkaitan pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 Pindaan (2015) yang berasaskan hukum hudud, terpulang kepada DAP dan PKR.

Beliau mengingatkan semua pihak dalam PR supaya mengenang kembali bagaimana perjuangan tidak bersendirian dilakukan sebelum ini dalam mengambali alih Kelantan dan Terengganu yang perlu dicontohi.

Mohamad berkata, sebelum wujud PR lagi, DAP telah mengetahui dan menyedari dasar Islam dibawa Pas.

Mat Sabu Menyindir Sesetengah Pihak Dalam PAS Yang Cuba Berbaik-Baik Dengan Umno Dalam Ceramahnya Anjuran PAS Kota Baru


                          

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ada tuan guru lim kit siang kau org keluar fatwa kt kota bahru mengatakan...bila kita sula minang putelajaya...balu itu time a...kalu itu pas rasa mau bikin itu hudud...kita olang dap talak lalang lagi...lu buat la apa lu mau buat...

Ada? Maksud dia smpi kiamat la islam takat nikah kawin cerai pesaka beli keter....ada ke ikut ckp kapir dlm hal urusan agam sendiri?x baca quran ke?

Tanpa Nama berkata...

So Islam apa yg nk diperjuangkan mat sabu? Islam yg menghalalkan apa jua tindakan dan kehendak org kafir? Nak besar kandang babi...besar...islam x larang...hak mereka...nak buat pesta beer....buat...islam x larang...hak mereka...nk guna nama allah...guna...islam x larang...hak mereka...ye ke? Mana plak hak kita?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.