Cari Blog Ini

Pandikar Amin Mulia Tepis Kenyataan Tun Mahathir, Masih Speaker Dewan Rakyat


Tiada tanda-tanda Pandikar akan letak jawatan - Timb YDP Dewan Rakyat
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Dr Ronald Kiandee menafikan dakwaan perletakan jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Beliau sebaliknya memberitahu Pandikar dijadual mempengerusikan sidang  parlimen pada jam 10 pagi  pada Isnin ini.

“Tidak pernah dan tiada indikasi bahawa beliau hendak meletak jawatan.

Saya telah menerima sesi parlimen minggu depan, jam 10 pagi beliau akan mempengerusikan dan menerima minggu lalu.

Ini satu spekulasi dan biar Tan Sri membuat kenyatan itu dan beliau kini berada di Kota Belud Sabah,” jelas Ronald.

Ujar Ronald, berita peletakan jawatan Pandikar telah diulangi sejak sesi palimen yang lepas berakhir pada 9 April.

BACA: Sumber dalaman nafi dakwaan Pandikar letak jawatan

Pandikar juga dijangka menjadi saksi bagi majlis angkat sumpah Ahli Parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Wan Azizah Ismail pada Isnin.

Sementara itu, The Malaysian Insider melaporkan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim turut menafikan perkara itu.

Shahidan berkara beliau akan dimaklumkan tentang peletakkan jawatan itu sekiranya Pandikar berbuat demikian.

Shahidan juga berkata setiausaha Parlimen berkata tiada surat peletakkan jawatan yang telah dihantar kepadanya.

Pada Sabtu, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed mendedahkan Pandikar telah melepaskan jawatannya sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Dr Mahathir mendakwa Pandikar telah datang berjumpanya dan berkata tidak mahu meneruskan kerjanya lagi.

- astro awani


                        Sumber dalaman nafi dakwaan Pandikar letak jawatan

Sumber dalaman menafikan dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed bahawa Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah meletakkan jawatannya.

Malah beliau terkejut apabila beberapa wakil media yang menghubunginya untuk mendapatkan pengesahan berkenaan kenyataan yang dibuat mantan perdana menteri itu.

Beliau berkata Pandikar dijangka akan melaporkan diri ke Parlimen pada Isnin seperti biasa.

Pandikar dijangka menjadi saksi bagi majlis angkat sumpah Ahli Parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Wan Azizah Ismail pada Isnin.

Turut menafikan perkara itu adalah Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Menurut laporan The Star Online, Ronald berkata berita peletakkan jawatan Pandikar telah diulangi sejak sesi Palimen yang lepas berakhir pada 9 April.

Ronald berkata berita itu hanyalah spekulasi semata-mata kerana beliau telah berjumpa dengan Pandikar hanya beberapa hari lepas dan beliau tidak berkata apa-apa mengenai perkara itu.

Ronald menambah semasa sesi Parlimen yang lepas, soal peletakan jawatannya muncul tetapi beliau bercuti rasmi pada ketika itu dan beliau hadir pada sesi Parlimen selepas itu.

Hari ini, Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan bahawa Pandikar Amin Mulia telah melepaskan jawatanya sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Dr Mahathir mendakwa Pandikar datang berjumpanya dan berkata tidak mahu meneruskan kerjanya lagi, Dr Mahathir menambah tugasnya sekarang disandang oleh timbalannya.

- astro awani


       Tun M dakwa Pandikar Amin letak jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendedahkan Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah melepaskan jawatanya sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat, lapor The Malaysian Insider.

Dr Mahathir dilaporkan membuat pendedahan tersebut dalam program Bicara Negara yang diadakan di Ipoh, Perak petang ini.

"Dia datang bertemu saya. Dia beritahu dia tidak mahu meneruskan lagi, sekarang tugas beliau disandang oleh timbalannya," kata Dr Mahathir.

Dewan Rakyat akan bersidang untuk sesi kedua tahun ini pada Isnin.

Dr Mahathir tidak mendedahkan kenapa Pandikar mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai yang Dipertua Dewan Rakyat.

Beliau mengumumkan pekara berkenaan selepas ditanya adakah kemungkinan untuk menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi undi tidak percaya di Parlimen.

Dr Mahathir berkata perkara tersebut sukar kerana UMNO tidak mempunyai bilangan kerusi yang cukup dan memerlukan sokongan ahli parlimen Barisan Nasional (BN) yang lain.

astro awani

                  

                  

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.