Cari Blog Ini

Pandikar Amin Masuk Kerja



Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia memulakan tugas pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Ketiga Belas (13) persidangan Dewan Rakyat dengan menyaksikan upacara mengangkat sumpah dua ahli parlimen baru dipilih, Datuk Hasan Arifin dari Barisan Nasional (BN) yang memenangi pilihan raya kecil Rompin 5 Mei lepas.

Manakala seorang lagi ahli parlimen yang mengangkat sumpah hari ini ialah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dari PKR yang memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh 7 Mei lalu.

Nama Pandikar Amin menjadi sebutan pada Sabtu lepas setelah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu meletak jawatan.

BACA: Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini secara rasmi dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.

Upacara angkat sumpah sebagai Ketua Pembangkang dan juga Ahli Parlimen Permatang Pauh diadakan di hadapan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

BACA: Tun M dakwa Pandikar Amin letak jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat

BACA: Pandikar tepis kenyataan Tun Mahathir, masih Speaker Dewan Rakyat

Dalam program Bicara Negara di Ipoh, Perak, Dr Mahathir mendakwa Pandikar Amin menemuinya dan memberitahu beliau tidak sanggup lagi untuk meneruskan tugas.

Namun beberapa jam selepas pengumuman itu dibuat, Pandikar Amin menerusi satu kenyataan media menafikan beliau meletak jawatan.

astro awani


                                           Pandikar Amin mengaku kecewa

[fmt]- Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengakui berjumpa dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Namun beliau menegaskan pertemuan itu hanya menyentuh isu politik semasa.

Menurut laporan yang dipetik dari Utusa Online, Pandikar Amin menjelaskan ia bukan perkara pelik kerana beliau menganggap Dr Mahathir sebagai mentornya.

“Ini pertemuan antara pemimpin dan pemimpin. Perbincangan tertentu apa yang terjadi kepada negara.

Tetapi apabila beliau kata Speaker berhasrat untuk tidak lanjutkan (letak jawatan), mungkin sebab saya sudah kecewa dengan Parlimen sekarang apabila bersidang banyak perkara remeh dibawa.

“Saya ada kekecewaan. Itu yang saya cetuskan kepada Tun (Dr. Mahathir). Tetapi semalam saya sudah buat kenyataan media, saya tak akan letak jawatan.

Tentang bila saya berjumpa Tun, itu kena tanya Tun sendiri,” katanya dalam sidang akhbar di Kota Belud.

Pertemuan itu menjadi isu, apabila Dr Mahathir dalam ceramahnya di Ipoh, Perak dipetik sebagai berkata, Pandikar Amin telah berjumpanya dan memaklumkan meletakkan jawatan sebagai Speaker Dewan Rakyat.

Beberapa jam selepas berita itu tersebar, beliau membuat kenyataan akhbar menafikan dakwaan berkenaan.

* Pandikar Amin Mulia Tepis Kenyataan Tun Mahathir, Masih Speaker Dewan Rakyat

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.