Cari Blog Ini

Nik Abduh Pun ‘Tentang Hudud’


”Jika YB Pekan (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak) nak laksanakan hudud di Malaysia pada 2016, saya orang pertama menentang.”

 Demikian kenyataan anak bekas Mursyidul Am PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, dilaporkan sebuah portal berita hari ini.

Menurut Nik Abduh, sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk undang-undang itu dilaksanakan di negara ini.

Dipetik portal Malaysia Gazette, Nik Abduh dilaporkan berkata masih banyak persoalan yang tidak terjawab ketika ini.

Ia termasuk mengenai maqasid syariah, masalah sosial dan ekonomi umat Islam yang perlu diselesaikan, Ucapan itu disampaikan Nik Abduh di sebuah masjid di Pandan Indah baru-baru ini.

Namun dalam ucapan sama beliau mempertegaskan sekali lagi keinginan Kelantan untuk melaksanakan undang-undang hudud atas hujah ia menjadi tanggungjawab Kelantan.

- Roketkini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.