Cari Blog Ini

Najib...Sudah-Sudahlah Bohongi Rakyat



Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhenti bohong rakyat, sebaliknya mula memberi penjelasan mengenai situasi sebenar 1MDB.

Desakan Tony itu dibuat ekoran ‘bola tanggung’ daripada Najib apabila beliau kelmarin mendakwa 1MDB tidak mempunyai hutang RM42 bilion.

“Saya sangat terkejut bagaimana Najib boleh selamba berbohong, dan berharap semua hadirin percaya, “Benarkah 70 ekar tanah TRX dan 500 ekar tanah Bandar Malaysia itu bernilai RM 42 bilion?

“Berdasarkan penyata kewangan 1MDB pada 31 Mac 2014, nilai kedua-dua bidang tanah tersebut hanyalah RM5.83 bilion, Bagaimana jumlah itu boleh dikatakan menyamai hutang RM 42 bilion?” soal Tony.

Kelmarin Najib mendakwa agensi 1MDB tidak dibebani hutang, malah tanah yang ada di kawasan TRX (Tun Razak Exchange) di tengah ibu kota bernilai tinggi.

Kenyataan itu dibuat ketika berucap di depan kira-kira 500 penyokong UMNO Klang.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu menambah 1MDB juga telah membeli tanah berharga RM1.27 bilion di Pulau Pinang dan tiga buah janakuasa elektrik bernilai RM10.9 bilion.

Ujar beliau, dengan menambah aset keseluruhan 1MDB tersebut, syarikat itu hanya memiliki aset bernilai lebih kurang daripada RM14 bilion.

Dan jumlah itu, kata Tony, semestinya tidak dapat menyamai nilai hutang RM42 bilion yang didedahkan sejak tiga tahun lalu.

“Ini, budak sekolah pun boleh kira. Mereka pasti akan kata Najib pembohong besar.

“Tetapi, Najib fikir UMNO Selangor ini sasaran mudah untuk dia berbohong dan perdaya, Sanggup Najib guna ayat bohongnya ‘jika saya kaya, saya beli tanah di kawasan mahal kerana saya tahu nilai tanah itu dalam tempoh 20 tahun.

“ Saya mohon Najib hentikan bohong rakyat. Sepatutnya beliau tunjukkan bukti ke mana duit RM42 bilion 1MDB itu hilang,” tegas Tony.

- Roketkini

1 ulasan:

Miss Vee berkata...

Lagi Gambar .. Jom Terjah !! >>> KLIK HERE !! <<<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.