Cari Blog Ini

Najib Usung Keluarga Ke Parlimen


rafizi-rosmah-parlimen

[fmt]- Isteri, anak dan menantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tidak terkecuali hadir di Dewan Rakyat ketika beliau membentangkan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).

Perkara itu didedahkan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menerusi status Twitternya.

Dia memaklumkan selain Rosmah Mansor, anak perempuan Nooryana Najwa dan menantu Daniyar Kessibayev, duduk di belakangnya di Parlimen ketika pembentangan RMK11.

“Kalau tanya pasal jet marah ke?,” soalnya.

Tidak lama kemudian, Rafizi sekali lagi menaikkan statusnya di laman sosial tersebut dengan memuat naik gambar anak Najib, Nooryana Najwa dan pasangannya Daniyar Kessibayev.

“Ha3 ini gambar yang Yang Berhormat (YB) Pakatan Rakyat (PR) forward, Saya tak berani tanya takut kena debik, lagi-lagi tanya pasal jet,” katanya lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.