Cari Blog Ini

Najib Tidak Dapat Sokongan Akar Umbi, Kata Bekas Timbalan Menteri


Bekas timbalan menteri kewangan Datuk Dr Affifuddin Omar berkata sokongan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jelas dapat dilihat dari apa yang terjadi ketika pilihan raya kecil Rompin dan Permatang Pauh awal bulan ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 23 Mei, 2015.
Bekas timbalan menteri kewangan Datuk Dr Affifuddin Omar berkata sokongan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jelas dapat dilihat dari apa yang terjadi ketika pilihan raya kecil Rompin dan Permatang Pauh awal bulan ini
Seorang bekas anggota Majlis Tertinggi Umno menyifatkan, petanda yang dilihat setakat ini sangat tidak baik bagi Datuk Seri Najib Razak, memandangkan sokongan yang diterima beliau hingga hari ini bukannya datang dari akar umbi.

Bekas timbalan menteri kewangan Datuk Dr Affifuddin Omar berkata, ia jelas dapat dilihat dari apa yang terjadi ketika pilihan raya kecil Rompin dan Permatang Pauh awal bulan ini.

"Mereka yang menyuarakan sokongan kebanyakannya ketua bahagian, tetapi di akar umbi, petandanya tidak begitu baik, seperti dapat dilihat di Rompin dan Permatang Pauh baru-baru ini," katanya pada sebuah forum di Petaling Jaya hari ini.

Najib ketika ini berdepan kritikan, termasuk gesaan meletak jawatan, berhubung masalah dalam kepimpinan dan pentadbirannya, dengan  bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan pengkritik paling tegar beliau.

Bagaimanapun, Affifuddin yang masih lagi ahli Umno member merasakan, Najib perlu diberi peluang membuktikan beliau tidak bersalah dalam skandal membabitkan syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tegasnya pada forum bertajuk 'Mencari Pemimpin Baru Malaysia' itu, beliau menyokong Umno sebagai sebuah parti, dan bukan mana-mana individu.

Sementara itu, seorang lagi ahli panel, bekas menteri Umno Datuk Zaid Ibrahim berkata Najib harus diberi "kad merah" dan digantikan dengan orang lain kerana beliau didakwa berbohong di Parlimen mengenai wang 1MDB di Kepulauan Cayman.

Katanya, pemimpin sebuah negara demokratik perlu berpegang kepada prinsip demokrasi etika perilaku menteri dan mempunyai tanggungjawab peribadi.

Oleh itu, beliau menggesa ketua pembangkang mengemukakan usul tidak percaya di Parlimen terhadap Najib, sambil menambah, sama ada ia berjaya atau sebaliknya, ia perkara kedua.

Seorang lagi bekas orang kuat Umno, Tan Sri Muhammad Mohd Taib berkata, sistem ketika ini di mana perdana menteri mempunyai terlalu banyak kuasa perlu diubah.

"Kita tak boleh biarkan pemimpin negara jadi terlalu berkuasa, negara akan merana.

"Sebaliknya, kita perlu ada sistem di mana ketua polis negara, peguam negara dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia melapor secara langsung kepada Parlimen.

"Kita perlukan pemimpin yang cukup berani merombak sistem sedia ada dengan cara ini, kalau tidak kita akan terus merosot dalam segalanya, dari bola sepak hingga standard pendidikan."

Sementara itu, Zaid berkata, untuk menukar sistem, perlu seorang pemimpin yang bersih dan berharap putera Kelantan Tengku Razaleigh Hamzah akan ke hadapan dan menyahut cabaran menggantikan Najib.

Affifuddin berkata, dalam satu sistem demokrasi, segalanya mesti dibenarkan bergerak secara bebas, termasuk kebebasan maklumat di mana setiap orang mesti mempunyai akses yang adil kepada maklumat yang ada.

Tetapi katanya, dalam sistem Malaysia, tidak semua orang mempunyai akses yang sama kepada maklumat, "Jika semua rakyat Malaysia tahu apa yang sedang berlaku sekarang, keadaan pasti akan berbeza."

Muhammad, juga dikenali sebagai Mat Taib bersetuju dengannya, mengatakan semasa pilihan raya kecil Rompin misalnya, rakyat berselang seli menonton antara TV1 dan TV3 dan dibanjiri dengan mesej “I love PM”.

"Mereka tiada WiFi dan mereka tukar-tukar antara TV1 dan TV3, jadi mereka dapat gambaran yang semua orang menyokong Najib."

Mat Taib juga berkata, Umno kehilangan semangat daya saingnya untuk memacu negara ke hadapan dan sebaliknya bertukar menjadi sebuah organisasi perniagaan.

"Dr Mahathir memimpin rakyat, hari ini kita tidak ada pemimpin dengan kualiti begitu.

"Tetapi saya lihat, Pakatan Rakyat ada satu kumpulan pemimpin yang kuat, yang boleh membawa rakyat ke tempat yang lebih baik, tetapi kita memerlukan sokongan rakyat."

Walaupun tidak ada kata sepakat mengenai siapa calon paling sesuai mengambil alih jawatan perdana menteri, ketiga-tiga ahli panel itu bersetuju yang pemimpin baru tidak boleh tamak kuasa dan mesti menghormati prinsip pemisahan kuasa antara ketiga-tiga cabang kerajaan, yang ketiga-tiga mereka setuju tidak berlaku sekarang.

The Malaysian Insider

1 ulasan:

IBU PUSPITA berkata...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.