Cari Blog Ini

Najib Mendedahkan Sejarah Hitam Umno Ketika Zaman Pemerintahan Mahathir, Jejaskan Imej Umno Kata Ahli Parlimen BN


Buka pekung sendiri jejaskan imej Umno
[sinar]- Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan sejarah hitam Umno ketika zaman pemerintahan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1987 hanya akan menjejaskan imej parti itu sendiri.

Ahli Parlimen Pulai, yang juga Ketua Umno Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, pendedahan itu juga tidak membantu menyelesaikan persoalan yang ditimbulkan Dr Mahathir.

“Perbuatan membuka sejarah dan pekung di dada ini hanya akan menjejaskan (imej) Umno.

“Sebaliknya Najib perlu menjawab setiap soalan yang dibangkitkan Dr Mahathir, kerana kesungguhan bekas perdana menteri itu akan menimbulkan keraguan dan tanda tanya dalam kalangan segelintir rakyat,” katanya.

Nur Jazlan, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berkata, siasatan PAC terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diharap dapat membantu menjawab persoalan Dr Mahathir.

Ahad lalu, Najib, ketika berucap pada Majlis Sepetang Bersama Perdana Menteri berkata, pada 1987 Dr Mahathir dicabar bagi jawatan Presiden Umno dan beliau masih mahu terus memimpin walaupun menang tipis.

Ditanya mengenai tindakan Dr Mahathir yang dilihat mungkin menjejaskan kedudukanUmno, Nur Jazlan berkata, prestasi Umno berada pada trend menurun selepas PRU12 dan PRU13.

“Umno perlukan suntikan tenaga dan semangat baru dalam kepimpinannya. Tindakan Dr Mahathir ini akan menyebabkan fokus pemimpin tertumpu kepada pembelaan diri dan tidak kepada mentadbir negara.

“Akhirnya imej Umno sebagai kerajaan yang terbaik juga akan terjejas disebabkan hilang tumpuan atau arah pemimpinnya, Persoalannya berapa lama ahli parti akan menerima keadaan ini,” katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.