Cari Blog Ini

Najib Kena Terima Realiti 1MDB Telah Menyebabkan Kepercayaan Rakyat Terhadap Umno Terjejas Kata Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng


Datuk Hamidah Osman
Datuk Hamidah Osman, Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng
[sinar]- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menerima realiti isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah menyebabkan kepercayaan rakyat terhadap Umno terjejas.

Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman berkata, kemelut 1MDB termasuk kontroversi pembelian asetnya oleh Lembaga Tabung Haji (LTH) menyebabkan ahli akar umbi dan rakyat resah dengan kredibiliti pentadbiran negara.

“Saya rasa tidak perlu cakap apa-apa, semua orang merasai bagaimana isu ini meletakkan Umno dalam satu keadaan yang mencabar.

“Kita lihat realiti hari ini, kita jangan hidup dalam penafian,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian Najib yang tidak akan meletakkan jawatan selagi mendapat sokongan rakyat.

Hamidah berkata, sebagai seorang pemimpin yang benar sayangkan parti, Najib perlu melihat perkara itu dengan serius.

Katanya, isu tersebut menyebabkan rakyat dan ahli Umno diletakkan dalam suasana getir.

“Memasuki 69 tahun Umno ini, kita mengharapkan Umno terus mencapai kecemerlangan di puncak kejayaan,” katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.