Cari Blog Ini

Muhyiddin Minta Pecat CEO 1MDB, Bukti Najib Bohong



Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dipecat dan disiasat bukti beliau tidak berpuas hati dengan penjelasan Perdana Menteri.

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, penjelasan Datuk Seri Najib Razak dalam isu itu terbukti satu pembohongan yang menyebabkan Muhyiddin mengambil pendekatan berkenaan.

Katanya, Muhyiddin bagaimanapun tidak berani berdepan realiti bagi ‘menegur’ Najib walaupun sedar pemecatan itu perlu bagi memulihkan imej kerajaan.

“Muhyiddin masih was-was, berhati-hati dan tidak berani berdepan dengan realiti .

“Hal ini kerana semua ahli lembaga pengarah 1MDB mendengar kata Najib yang secara jelas mempunyai kuasa mutlak,” katanya kepada Selangor Kini, hari ini.

Tian Chua berkata, berkemungkinan ramai pimpinan Umno lain yang tidak berpuas hati dalam isu itu .

“Mungkin ramai juga pimpinan mereka mahu Najib undur. Tetapi sejauh mana Muhyiddin berani membawa luahan hati akar umbi itu,” katanya.

Beliau berkata, siasatan isu 1MDB tidak dapat dijalankan secara telus dan bebas jika Najib tidak berundur.
“Beliau memegang kuasa tertinggi  negara, bagaimana boleh disiasat?

“Banyak perkara bersangkut paut dengannya, bahkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tak akan dapat mengatasi ‘conflict of interest’,” katanya.

Baru-baru ini, Muhyiddin dalam video ucapan tertutupnya ketika satu perjumpaan bersama pemimpin tinggi Umno mahu CEO dan lembaga pengarah 1MDB dipecat.

“Kalau tidak buat begitu, ini yang akan membebankan kita jatuh ke bawah,” katanya.

Ucapan itu dimuatkan di Youtube oleh penulis blog yang juga bekas wartawan, Firdaus Abdullah, namun video kira-kira tujuh minit itu hanya memuatkan sebahagian daripada ucapan Muhyiddin.

- selangorkini

[Video Yang Tersebar] Muhyiddin Pertahan Pendirian, Lembaga Pengarah 1MDB Perlu Dipecat
* [Video] Muhyiddin Desak Najib Pecat Semua Lembaga Pengarah 1MDB
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.